Sejak menjadi isteri kepada Bongah dan juga ibu kepada Natasha dan sekarang saya mengandungkan anak yang kedua - saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan. Tidak terfikir oleh saya akan setiap kebahagiaan dan kesempatan yang saya perolehi ini selepas saya selamat diijab kabulkan pada 11.01.2013.
Mengimbas kembali di zaman persekolahan bermula tahun 1988 (dari darjah satu), saya bukanlah anak harapan, cucu harapan, murid harapan - abah pernah memberitahu saya "abah x mintak lobih doh, janji keputusan SPM lopeh masuk ITM jadilah". Keputusan SPM tahun 1998, alhamdulillah cukup untuk saya melanjutkan pelajaran ke ITM (tahun 1999) dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Di ITM pun sama, keputusan saya biasa-biasa sahaja. Memang norm saya, bersyukur dengan apa yang saya dapat.
Kemudian saya bekerja dengan makcik saya pada tahun 2003, selepas 3 bulan bekerja - saya menyambung pengajian saya di UTM melalui program SPACE dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (bekerja sambil belajar). Kelas hanya pada hujung minggu. Lagi keputusan biasa-biasa sahaja. Kehidupan saya biasa sahaja, x da apa yang menarik.
Selama saya bersekolah, belajar di ITM, bekerja dan belajar di UTM - saya tidak mempunyai teman istimewa. Masa sekolah memanglah teringin tetapi keyakinan diri tuh zero sebab masa tuh saya tak cantik lepas tuh gelap pulak tuh - penampilan diri lagilah. Masa ITM pun sama, berangan jerlah lebih - nak couple (ceh lama x guna perkataan nih) tuh semua hanya angan-angan - lagi masalah keyakinan diri. Masa nih, memang nak cari boyfriend macam pelakon Hollywood kegemaran saya - Freddie Prinze Jr. Peh, memang handsome giler. Siap boleh buat dialog ngan berlakon kalau dapat boyfriend macam nih. Kelakarkan??? Tapi tulah hakikat dia, memang tak da pun yang mengorat saya.
Tinggikan impian? Lawak plak bila ingat balik....
Lepas tuh, bila dah bekerja dan sambung belajar nih - lagilah kehidupan sosial saya terhad. Isnin hingga Jumaat, bekerja. Sabtu dan Ahad, saya ada kelas. Memang itu saja kehidupan saya. Ada hujung minggu terluang, saya akan pulang ke rumah orang tua saya di Tanjung Ipoh. Di UTM, saya ada study group yang mana semuanya lelaki dan hanya saya dan Mimah jer perempuan.
Mengimbau kenangan dulu...
Sebetulnya, saya memang dari dulu sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan saya sering mengutamakan kedua orang tua saya. Bagi saya Allah pasti ada mengatur yang lebih baik buat saya. Dari segi belajar, bekerja dan juga soal jodoh. Memang tipulah kalau saya kata saya tak terasa bila orang bertanyakan soal jodoh kepada saya. Tapi sebab saya dibesarkan dengan kedua adik beradik lelaki saya, saya dah pandai buat endah tak endah. Untuk makluman, adik beradik lelaki saya - kahwin dulu dari saya. Saya yang terakhir ok.
Awai (sulung), saya, Jiham aka budak gomok (bongsu)
Hmm, cuba bayangkan betapa 1001 soalan saya kena jawab dengan orang sekeliling saya terutamanya keluarga saya. Selamat masa tuh tengah sambung belajar so saya selamat lah sedikit. Setiap kali berjumpa, setiap kali kenduri - soalan bertalu-talu. Sampai ada yang mengatakan, saya nih macam jantan sangat, kasar tulah susah orang nak dekat. Tak da sifat keperempuanan lansung. Walau hati pedih dengar tapi saya redhakan saja. Macam saya katakan, Allah pasti ada rancangan lain untuk saya. Masa tuh, saya fikir janji saya happy, saya dapat berbakti dekat kedua orang tua saya - saya dah bersyukur dah. Tapi paling saya bersyukur - abah dan mama, x pernah saya ulang x pernah lansung memaksa saya atau bertanyakan pada saya. Mama kata, "kalau dah kahwin tapi x happy pun x guna jugak. Pastu dah kahwin lupa plak tanggungjawab kat ibu bapa. X pa ngah, angah x kahwin nih pastuh dah abis blaja nih - tiap-tiap minggu angah balik tengok mama ngan abah. ini pun mama abah dah syukur. Nanti angah dah kahwin - susah lah angah nak balik. Kena balik mah mertua sama". Hah, sebab tuh saya boleh rileks jer - tak stress sangat.
Tambahan itu, masa ini saya dah kawan-kawan baik saya - buddy2 (anim (president)- www.nimboking.blogspot.com , erna, Tasha - www.mamitasha.blogspot.com ). Saya kenal buddy2, ketika adik lelaki saya berkawan dengan anim (mereka rakan ITM) selepas mereka balik dari melanjutkan pelajaran di Edinburgh, Scotland. Sejak pada tuh, kami jadi rapat sehingga sekarang. Dengan mengenali mereka, saya mengenal diri saya dan memperbaiki keyakinan saya. Mereka terima saya seadanya - lagi saya jadi tak kisah, ada ke x da boyfriend.
Selepas habis belajar, saya mula menumpukan pada kerja saya dan keluarga saya. Lagipun, saya memang tinggal dengan adik saya yang telah berkahwin dengan buddy2 saya, Anim. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Sofea. Hidup saya, buddy2, kerja dan keluarga saya. Mana mama ngan abah nak pergi saya bawak. Mana adik saya pergi, saya ikut. Sampai keluarga sebelah Anim, kalau saya x da akan tanya mana saya? Dah macam come with the package pulak. Bila tengok adik saya dah berkeluarga dan abang saya jugak, saya pun teringinlah jugak tapi saya sabar jer - sebab saya masih berpegang pada Allah ada yang lebih baik untuk saya.
Pada tahun 2012, saya dikenalkan dengan Kak Dah - salah seorang kenalan keluarga belah mama saya. Kak Dah beria meminta nombor telefon saya untuk anak lelakinya. Sebabkan masa tuh, saya agak terkedu - besoknya makcik saya memberikan nombor telefon saya kepadanya. Anak lelakinya menelefon saya, ketika itu saya sedang memandu dan berjanji akan menelefon balik sebab ada kawan-kawan dalam kereta jadi saya malu. hihihihi. Tapi saya x telefon pun sebab malu dan saya dah tak tahu nombor telefon dia yang mana satu. 2 minggu selepas itu, saya berjumpa Kak Dah lagi - dia menyuruh saya menelefon anaknya. Saya kata ok walaupun masa tuh dah x da nombor telefon. Malu punya pasal, saya tak tanya lah. Jadi tiada apa yang berlaku. Kemudian, saya menghadiri kenduri sepupu saya di Putrajaya - elok saya masuk ke dalam dewan, Kak Dah memanggil saya dan terus mengenalkan dengan anak lelakinya. Saya terus jadi macam formal, cakap hai pastu salam pastu saya bla. Tindakan luar kawal, sebab terkedu dan terkejut. Selesai kenduri, saya dipanggil oleh makcik saya - saya dah agak dah nih, saya berat jer nak pergi sebab saya tahu, saya mesti jadi tumpuan nih. Tapi bila saya tengok mama, mama angguk macam kata ok - saya pergi jugak. Agakkan saya betul, semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik menumpukan pada saya, pada Kak Dah dan anak lelakinya. Saya dan anak lelakinya, selamat mempunyai pemahaman yang sama - terus mengatakan ok nanti kami contact each other. Habis azab saya disitu. Minggu depannya, bermulalah episod kami. Sesi suai kenal.....bla bla...pada tanggal 11.01.2013 kami dijabkabulkan pada ketika umur saya 32 tahun....Alhamdulillah...
Saya dan Bongah dalam pakaian Tradisional Negeri Sembilan (atas permintaan abah..)
Selamat diijabkabulkan..
Bersama Amir Mirza, pereka pakaian saya..
my buddy2....my wedding planner....
Pada tanggal 31.10.2013, saya melahirkan anak sulung kami Natasha dan insha Allah pada tengah bulan lima ini saya akan melahirkan anak kami yang kedua....
Memanjatkan syukur saya pada Ilahi, penantian saya selama hampir 14 tahun memberikan hasil yang tidak terduga oleh saya. Allah Maha Besar, Allahu Akbar. Jadi pada rakan wanita sekalian, sekiranya anda belum berpunya - jangan cemas yer. Sentiasa bersangka baik pada Dia, sebab Dia lah sebaik-baik perancang. Andai terputus ditengah jalan juga x payah menggelabah......layan kan sajer......
hehehe, sekadar perkongsian..harap bermanfaat.....
Rokakyah
15.01.15
SID: 1152848
No comments:
Post a Comment