Monday, 31 October 2016
Akhirnya Mendapat Nikmat Penyusuan, Part 1
Tanggal 10hb Mei 2015,selepas 32 jam berada dalam kesakitan - saya selamat melahirkan anak kedua saya juga seorang perempuan. Memanjat syukur saya dan Bongah ke hadrat Ilahi. Nabila bt. Raimi, kami menamakannya - semoga menjadi kemuliaan bagi kami di padang masyar kelak. Tersenyum ketika mula menaip entri kali ini - mengimbas kembali sewaktu ingin melahirkan Nabila. Pada pukul 7am, saya berjalan ke bilik bersalin selepas siap membersihkan diri pada waktu sebelumnya diiringi oleh Bongah.
Setiba di bilik bersalin, saya diberikan sarapan. Selepas itu, misi memecahkan air ketumban saya - bermula persiapan misi untuk menyiapkan saya untuk bersalin. Ketika masih bukak bawahan hanya 2cm, saya telah meminta epidural - tetapi misi memujuk saya untuk mengambil pain killer dahulu kerana bak katanya anak kedua nih dah senang dah - saya pun bersetuju. Kesakitan telah mula menjengah, Allahu Akbar - Allah Maha Besar - dah macam kena rasuk, saya di atas katil tuh. Perbezaan saya adalah mulut tidak berhenti dengan kalimah Allah. Alhamdulillah...tetapi kalau saya bukan beragama Islam pasti ini yang akan keluar dari mulut saya... Amma!!!! Appa!!!! Peace yo!
Ya, dan saya memang tak sempat amik epidural sebab bila saya nak, bukaan sudah 7cm - jadi harung sajalah. Selepas lebih 2 jam lebih bergelut tepat pukul 10am saya melahirkan Nabila dengan 2 kali teran saja. Alhamdulillah. Bermula lah, penyusuan saya yang pertama.
Titik permulaan 10.05.2015, saya merasai nikmat menyusukan anak saya yang kedua. Alhamdulillah, dan ketika saya menulis entri ini - Nabila telah pun berumur 1 tahun 5 bulan dan saya masih menyusuinya secara ekslusif dan saya harap saya dapat menyusuinya sehingga dia berumur 2 tahun.
Ini mungkin kerana saluran susu dan mata susu telah "established" sewaktu menyusukan anak saya yang sulung dahulu, Natasha. Rezeki Nabila, susu saya memang sungguh mewah - setiap kali saya mengepam susu ketika pantang, sekali pump saya dapat 6 - 8 oz sekali pump. Sekarang apabila saya telah kembali bekerja, saya akan pump pada pukul 10.00 am dan 3.00 pm dan setiap kali insha Allah 8oz setiap sessi. Selain itu, saya mengambil supplemen Shaklee terutamanya ESP. Tetapi sekarang, saya hanya mengamalkan Chia Seed dan Omega 3 Shaklee - sebab Nabila eczema jadi banyak benda yang saya kena pantang. Ini saya akan cerita di entri yang lain yer.
Adakalanya juga saya mengepam 3 kali sehari, sekiranya susu simpanan saya tidak cukup. Bukan saya tidak cuba untuk memberikan susu formula tetapi Nabila tidak serasi - mungkin sebab Allah menunaikan impian saya untuk menyusu Nabila sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.
Ok, sampai sini dulu yer. Nanti panjang-panjang boring pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment