Assalamualaikum w.b.t
Bukan senang nak senang yer untuk menyusukan anak. Ibu-ibu kena bersedia
fizikal dan mental. Memang saya telah mempunyai 2 orang anak tapi ini adalah
pengalaman pertama saya menyusu anak secara exclusive and I'm telling
you its tiring not that I'm complaining but you really have to be prepared.
None is telling this but until I experience it myself. Rasa macam nak
berhenti tapi sebab Nabila Eczema jadi kena gagahkan diri jugak dan saya
terpaksa berkorban dengan berpantang makan, makanan-makanan yang Nabila tak
boleh makan. Nanti saya cerita dekat entri yang lain pasal ibu menyusu dan bayi
eczema yer.
Ok, apa yang bakal-bakal ibu perlu lakukan dan bersedia:
1. Banyakkan
bersenam, sebelum bersalin dan lepas bersalin (lepas waktu yang dibenarkan
bersenam lah yer, jgn lps pantang terus naik atas threadmill..bawak bersabar)
Sebab lepas bersenam
tuh kita akan rasa segar - saya takkan cakap bahasa sains tuh sebab saya tak
tahu tapi saya bercakap daripada pengalaman saya dan apa yang saya rasa. Dia
macam menggantikan aura negatif kepada positif. Badan rasa penat tapi penat
yang best. Otak pun rasa segar. Saya suka bila lagi banyak peluh keluar lagi
saya rasa macam happy. Cubalah, memang boleh hilangkan stress. Saya buat
dirumah jer, tak pergi Gym pon sebab dekat rumah memang dah ada threadmill.
Jadi ibu-ibu kalau
malas ker gym boleh lah invest skit skang dah ada yang murah, sila tanya Mr.
Google k. hehehehe. Sapa yang baru nak start tuh, sapa yang dah lepas bersalin
dan dah boleh bersenam boleh cuba program C25k - untuk kita-kita yang baru nak
berkecimpung nih memang terbaik.
2. Kenali jenis
payu dara anda (inverted ker tidak)
Kalau ya, tanya Dr
siap-siap macam mana nak buat persedian. Macam saya, saya mempunyai payu dara
inverted. Jadi masa anak pertama tuh memang susah saya nak menyusukan anak saya
dan salah satu sebab puting saya terbelah dengan teruk. Di tempat luka itu lah
mata susu saya, saya tak tahan saya berhenti menyusukan anak saya selama
seminggu. Disebabkan itu susu saya terus berkurang - ya Allah, memang tak
tertahan sakit dia.
Tapi sekarang,
alhamdulillah - cuma 2 kali saya demam bengkak susu. Selain itu, alhamdulillah
penyusuan berjalan lancar.
3. Rancang cara
berpantang, kalau boleh berpantanglah - ia memang baik untuk sekarang dan masa
depan. Syok ooo - saya suka waktu saya mengandung (best boleh makan sesuka
hati), waktu pertama dakap anak saya dan waktu berpantang (makan semua rasa
sedap dan rasa macam princess sangat - sebab I have my ME time, am really
pampering myself . Tapi pantang Nabila nih saya tak pantang betul
sangar sebab Nabila kuning so selalu berulang alik ke klinik.
Anak ketiga nanti
kalau ada rezeki saya nak berpantang betul-betul, bersalin hospital kerajaan
jer, simpan duit nak upah Kak Yati jaga masa berpantang. Kak Yati nih tukang
urut saya, yang kira regular lah jugak. 2-2 anak saya, dia yang mengurut saya.
Sebab masa tuh duit banyak habis kat bil hospital jadi saya mampu upah dia
untuk mengurut selama seminggu jer dan hari terakhir pantang.
4. Rancang
jadual seharian terutamanya bila waktu sesuai kita nak pump terutamanya ibu
yang berkerjaya.
Macam saya, kalau
saya rasa hari saya akan sibuk di pejabat.
a. Saya akan pump di dalam
kereta ketika sedang memandu ke tempat kerja.
b. Saya pump sewaktu
makan tengahari
c. Dalam kereta
ketika pulang dari kerja.
Beli pump yang
potable, yang memudahkan kita senang untuk kita bekerja sambil mengepam susu.
Tak perlu beli yang mahal, janji memenuhi kriteria yg kita nak dah cukup dah.
Kadang yang mahal nama nya jer, cara sedut dia sama jer. Trust me, i've tried
the cheap one, the expensive one, electric or manual. Now saya guna Lacte jer,
itupun pinjam kawan punya sebab saya punya bukan potable leceh sikit. Sekarang
dah banyak option dah, so boleh tanya Mr. Google.
5. Supplement
Seeloknya ambillah
supplement, macam saya - saya cuma mengambil Omega 3 shaklee dan Chia Seed utk
menambahkan susu. Supplement nih, selain dari menambahkan susu - ia juga
bermanfaat untuk perkembangan bayi dan juga untuk diri kita. Kalau rasa tak
tau, nak ambil apa - saya boleh tolong advice. Macam saya cakap tadi, saya cuma
mengikut pengalaman saya
6. Juicing
Hahahaha, saya
sekarang memang suka juicing. Untuk saya, juicing telah membantu saya untuk
tidak perlu bergantung kepada nescafe. Siapa yang mengenali saya, sehari saya
minum nescafe 3-4 kali sehari. Tapi sekarang setelah 2 bulan, saya dah tak
bergantung kepada Nescafe dah. Pengambilan minuman manis dah memang kurang.
Sekarang saya cuma minum Milo tanpa gula, tanpa susu. Kalau berkumpul bersama
keluarga barulah saya minum, minuman manis.
Di entri yang lain,
saya kongsi yer juicing saya. Senang jer cuma kena rajin.
Jadi inilah sedikit sebanyak perkongsian saya untuk ibu-ibu
dan bakal ibu. Kena rajin yer dan jangan sekali mengalah. Caiyok!! Caiyok!!
Rokakyah
01.11.2016
Shaklee ID : 1152848
No comments:
Post a Comment