Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 5 November 2014

Kemurungan selepas bersalin




Saya kira pengalaman saya menjaga anak buah saya, kak ya sudah cukup untuk saya menjadi seorang ibu kepada Natasha - ternyata meleset. Seribu satu hal saya terkial dalam menguruskan Natasha pada permulaannya. Saya melahirkan Natasha dengan suami di sisi tetapi kedua orang tua saya berada di Mekah menunaikan Haji. Jadi saya berpantang di rumah ibu mertua saya. Layanan yang diberikan tip top - saya bertuah mempunyai ibu mertua yang begitu mengambil berat. Tetapi mungkin bahagian saya, saya mengalami sindrom kemurungan. Saya rasa sunyi, sayu, rasa serba tak kena, macam ada sesuatu yang hilang. Tiada lain yang mampu saya lakukan selain dari berzikir.
 
Saya ingat saya akan melayari kehidupan baru dengan tenang, dengan indah tapi kemurungan pulak yang datang. Tak tau macam mana nak gambarkan - macam tak keruan. Mula dengan nak menyusukan Natasha, apalah yang susah sangat - sampai satu rumah kecoh - masa nih betapa saya nak mama saya - sungguh saya stress. Bila susah Natasha nak menyusu dengan saya, saya pam susu dan dia minum dari botol - bengkak susu pulak yang saya alami. Lepas tuh, Natasha kuning pulak - semua orang macam rileks jer. Saya yang terlebih risau - yer lah bila dah ada sindrom kemurungan nih - kita akan selalu terover react dan kita akan hilang keyakinan. Semua benda pon nak menangis. Adik saya datang saya gembira tapi bila diorang nak balik saya selalu nangis. Tengok anak buah saya, saya nangis. Boleh dikatakan hari-hari saya nangis.

Ibu mertua dan kakak ipar saya ada memberitahu saya tentang kemurungan ini tetapi masa itu saya tak kisah sangat sebab saya rasa saya tidak mengalaminya. Tetapi selang beberapa hari, emosi saya mula berubah sedikit demi sedikit. Kesedihan, kesunyian mula menular di dalam diri saya, saya menjadi takut dan risau tetapi saya tidak memberitahu ibu mertua saya mahupun suami saya.
 
Disebabkan itu, saya sering kali melepak bersama-sama ibu mertua saya dan saya paksa diri saya untuk bersembang dan menonton televisyen bersama beliau. Walaupun saya bersembang dan menonton televisyen, tetapi fikiran saya melayang - ada saja yang bermain difikiran saya. Saya cukup takut pada ketika itu, dan saya berharap darah nifas saya habis dengan cepat supaya saya boleh menyucikan diri dan bersolat. Saya rasa jauh sangat dengan Allah s.w.t. Tapi saya sedar, saya tidak akan boleh bersolat selama saya berpantang sekurangnya 44 hari, jadi apa yang saya lakukan adalah berzikir. Setiap hari, setiap masa - saya berzikir.

Natasha pulak 24 jam nak menyusu dengan saya sampai saya rasa susu saya tak cukup. Ini menyebabkan lagi ketidak yakinan saya. Lepas tuh, puting saya terluka sebab menyusu anak pertama. Sakitnya setiap kali Natasha menyusu - Allah saja yang tahu - sampai mengekot kaki saya menahan sakit. Natasha pulak, bila perut dah teralas sikit, terlena tapi bila letak atas katil dia jaga. Memang sepanjang 15 hari pertama berpantang memang saya tak cukup tidur. Waktu siang memang saya tak tidur, waktu malam lagi lah.
 
Rasa macam tak bergunanya, sebab itu pun tak boleh nak rilek. Serius saya tak suka masa saya pantang dulu. Selepas 15 hari pantang, mama ngan abah balik dari Haji - cepat saya suruh suami saya hantar balik Seremban dengan harapan kemurungan saya hilang. Hmmm memang tak lah.

Apabila di Seremban, suami saya akan hanya berada dengan saya setiap hujung minggu sahaja. Itupun kadang-kadang dia sibuk juga dengan aktiviti - itu menambahkan lagi kesedihan saya, saya rasa macam saya berperang dengan diri sendiri seorang diri. Tetapi tidak dinafikan - jika diada pada waktu malam dia akan menjaga bayi kami. Suami saya tidak tahu macam mana nak membantu saya dan saya pula berharap dia akan cuba untuk membantu saya - hah tu dah masalah komunikasi. Yelah, bila kita dh mengalami kemurungan nih - otak fikiran kita macam diseliputi kain hitam yang menghadkan pemikiran kita. Yang mana, memang lelaki tak tau apa yang kita alami jika kita tak bagitau kat dia. Itulah, berliku betul dugaan saya dengan anak saya yang pertama.
 
Ini anak saya yang kini sudah berumur satu tahun.....
 
Natasha 2 hari
 
 
Natasha sebulan
 
Natasha 5 bulan


Masalah kemurungan ini, bila saya baca balik. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh perubahan-perubahan hormon di dalam system badan kita selepas kita melahirkan anak kita. Kemurungan ini boleh dialami seawal selepas melahirkan atau setelah beberapa hari melahirkan seperti kes saya. Tetapi ada juga yang mengalami kemurungan ini ketika sedang mengandung dan apabila melahirkan kemurungan ini bertambah teruk. Antara simpton-simpton kemurungan ini adalah:
  1. perasaan putus asa
  2. amat ketih
  3. muram
  4. sering menangis
  5. sunyi
  6. gelisah
  7. terperangkap
Setiap ibu yang melahirkan mempunyai potensi untuk mengalami kemurungan dan setiap simpton yang dialami oleh para ibu adalah berlainan di mana seperti saya - mengalami kesemuanya dan para ibu yang lain mungkin mengalami sebahagian darinya. Kemurungan ini, tidak akan berlaku kepada setiap para ibu yang melahirkan. Ini kerana ia bergantung kepada sistem badan kita menerima perubahan-perubahan hormon yang berlaku ketika sedang mengandung, sedang melahirkan dan selepas melahirkan.
Selain daripada perubahan hormon yang dialami, kemurungan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti:
  1. Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu
  2. Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
  3. Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan suami isteri
  4. Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
  5. Mendapati sukar untuk menyusu badan
  6. Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang ibu-bapa semasa kita masih kecil
Seperti saya faktor luaran saya yang menyumbang kepada kemurungan - ketika awal melahirkan, kedua orang tua saya berada di Mekah. Hehehe, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga - jadi saya sangat manja dengan kedua orang tua saya.  Selain itu, kesukaran saya menyusukan anak saya juga antara faktornya. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh ikutkan sangat kemurungan ini. Ini kerana jika kita tidak melawan kemurungan ini, ia akan menjadi sebahagian dari kita di sepanjang hayat kita. Mengingatkan saya kepada seorang makcik di kejiranan saya dikampung membuatkan saya cuba melawan perasaan ini sedaya upaya saya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah kemurungan ini. Jika kita google terdapat nasihat professional juga berkaitan isu ini. Jadi, jangan risau.

 
 
 
 

Tetapi izinkan saya berkongsi - apa yang saya lakukan untuk diri sendiri saya bagi menghilangkan kemurungan saya ini. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut:
  1. Banyakkan berzikir - setiap hari, setiap masa
  2. Berbual dengan teman rapat
  3. Elakkan duduk bersendirian
  4. Cuba mendapatkan tidur yang secukupnya
  5. Banyakkan bersama bayi anda - ini kerana ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita
  6. Memakan supplemen - boleh memberikan tenaga dan menstabilkan hormon
Ketika berpantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee dan memang saya tidak menafikan ia sangat membantu. Set berpantang Shaklee yang saya ambil dan antara manfaatnya adalah seperti berikut:

 
 
1. Penambahan tenaga segera
2. Pelengkap nutrisi
3. Metabolisma
4. Elemen penting pada sel tubuh
5. Melindungi organ

1. Menukar makanan kepada tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Rambut beruban dan gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah perlcche
9. Detoksifikasi
 
1. Membentuk kolagen
2. Memperbaiki symptom pendarahan
3. Peningkatan system imun
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit
6. Memperbaiki insomnia
7. Mengekalkan kolesterol sihat
 
 
 
1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
2. Membentuk kolagen
3. Memperbaiki diabetes
4. Bintik putih di kuku
5. Mempertingkatkan system imun
6. Mempercepatkan pemulihan luka
7. Memperbaiki masalah prostat
8. Kemampuan seks lelaki
9. Ovulasi wanita
10. Memperbaiki radang kulit
11. Mengekalkan deria bau
 
1. Awet muda
2. Baik untuk hormone
3. Baik untuk prostat
4. Kulit remaja
5. Pembekal tenaga
6. Membaiki pigmentasi


Saya mula mengamalkannya apabila saya mula berpantang, tidak satu hari pun saya tertinggal. Setelah hampir seminggu mengamalkannya - saya mula rasa perubahan yang paling ketara adalah tahap keletihan saya. Walaupun, dengan tidur yang tidak mencukupi saya masih lagi bertenaga untuk menyusukan anak saya setiap masa. Luka saya pun cepat kering - ini diakui oleh jururawat yang datang setiap hari ke rumah melawat saya dan bayi. Kuning anak saya turun dengan cepat.

Selain itu saya ingin menasihatkan para suami, sekiranya isteri telah melahirkan - berilah perhatian kepadanya. Walaupun tidak berbuat apa, tetapi cukup berada di sisi selama proses berpantang. Suami adalah sumber kekuatan bagi seorang isteri. Selama 44 hari tuh, jika tidak ada urusan kerja yang penting - balik lah awal, usahakan untuk sentiasa berada dirumah dan cuba uruskan bekalan anak, isteri cukup supaya isteri itu tidak perlu memikirkannya dan hanya menumpukan pada kesihatan dirinya dan menjaga anak yang baru lahir itu. Macam luahan perasaan pula.

Tambahan itu, dinasihatkan juga supaya setial bakal ibu dan bapa - memperbanyakkan pembacaan serta ilmu berkaitan dengan mengandung, bersalin dan selepas bersalin juga jangan lupa menghadiri kelas ibu mengandung dan bersalin yang selalu dianjurkan oleh pihak hospital yang anda pilih.

Sekian, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


p/s: Jika inginkan khidmat nasihat berkaitan set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya, Zakiya (012-3708641).


Rokakyah
05.11.2014

 



3 comments:

  1. Wah, dah ada style sekarang menulis. Bravo to rokakyah. Take care on the 2nd one

    ReplyDelete
  2. Tq for info..alhamdulillah semua dah berakhir :-)

    ReplyDelete
  3. welldone Zakiya semoga yang kedua akan dipermudahkan, amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates