Pages

Ads 468x60px

Wednesday 10 December 2014

IBU JANGAN LUPA



Assalamualaikum w.b.t..........

Hari ini saya nak sembang petang pasal kita, kaum ibu.......

Ibu jangan lupa, kita juga manusia biasa. Kita boleh penat, kita boleh menangis, kita boleh malas, kita boleh marah, kita boleh gembira, kita boleh bershopping - ikutkan kita boleh melakukan apa sahaja. Memang sudah ciptaan yang Maha Kuasa - wanita diberi kekuatan walaupun tampak wajah ayu kelemahan tetapi hatinya cukup kuat. Jangan lupa kita hanya manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Akuilah kita tidak sempurna tetapi kita cuba untuk menjadi cukup sempurna untuk keluarga terutamanya untuk anak-anak kita. Tapi bukan ini yang ingin saya sampaikan pada coretan kali ini.

Saya ingin mengingatkan para ibu jangan lupa untuk beri diri kita:

1. Masa kita bersendirian


 
 
 
 
2. Masa kita bersama kawan-kawan

 sebelum saya berkahwin...
 
anim lepas pantang dan kandungan saya baru masuk 7 bulan....

bachelorette holiday untuk Tasha..

Kenapa saya bangkitkan persoalan ini kerana ramai wanita apabila sudah berkahwin - melupakan terus 2 perkara diatas. Sebetulnya, sejak dari bercinta. Ya, memang ketika diwaktu bercinta - tidak sanggup berpisah walaupun seminit cuma. Seperti ada satu besi bergalvani (magnet) mengikat rapat kita dan pasangan. Kita terus meninggalkan kawan-kawan kita, seakan-akan dunia hanya berkisarkan hanya kita berdua. Pada waktu dan ketika itu, ya. Tahukan kenapa? Sebabnya ketika itu, adanya orang ketiga yang mempengaruhi kita. Siapa? Syaitan. Maafkan saya, kiranya ia sedikit kasar. Tidak, saya tidak menuding jari. Saya mengisarkan diri saya. Cuma saya bertuah ketika itu, ada buddy2 dan keluarga yang menyedarkan saya untuk berpijak di bumi nyata.

Jangan sekali lagi saya mengatakan jangan, jangan tinggalkan 2 perkara itu. Baik selepas berkahwin mahupun sebelum berkahwin. Kita tidak tahu di masa depan apa akan terjadi kepada kita dan kawan kita. Saya menceritakan ini berdasarkan kehidupan saya, kehidupan buddy2 saya, dan juga insan yang berada disekeliling saya.

Percayalah masa untuk kita itu amat berharga pada masa dan hari kemudian. Sekarang memang kita rasa kita tidak perlukannya tetapi percaya, pasti pada suatu masa kita akan memerlukannya. Kehidupan kita tidak akan pernah sunyi dengan dugaan, dalam perhubungan, dalam perkahwinan, dalam membesarkan anak-anak, dalam pertengahan umur.....

Sering kita lihat, wanita mencari teman untuk bercerita sekiranya ada masalah rumahtangga terutamanya bila suami buat hal. Disebabkan dia tak mempunyai kawan perempuan yang rapat, dia terpaksa mencari kawan yang sedia mendengar - selalunya kaum lelaki. Hmm,jadinya daripada meminta nasihat dah lain pulak jadinya. Percayalah, saya tahu.

Ingin ditekankan disini, bukan tidak sayangkan keluarga - Allahu Akbar, sayang separuh nyawa. Walaupun saya berjauhan, saya masih teringatkan suami dan anak saya. Buddy2 saya selalu perli, sikit-sikit cakap pasal anak ngan laki, pastuh call jugak. Memanglah, itu dah memang dalam naluri saya. Ya saya berjauhan tapi saya memang tak boleh nak shut down walau seminit saya adalah seorang isteri dan ibu. Tapi itu tidak menghadkan saya untuk pergi spa,pergi shopping dan bergembira dengan kawan-kawan saya.

Kita manusia biasa, pasti akan ada satu fasa dalam perkahwinan kita, kita akan rasa boring dengan rutin harian kita. Jadi untuk mengurangkan fasa tersebut, 2 perkara di atas lah antara cara yang boleh mengurangkannya. Percayalah, ia banyak membantu. Ketika berjauhan kita mengaktifkan sentimen rindu. Suami akan belajar buat kerja rumah, jaga anak, memasak untuk anak (ini kalau dia tak anta balik kampunglah...) tapi kalau dia hantar pun, sekali lagi mengaktifkan sentimen rindu kat anak. Bayangkan 24 jam sehari dalam masa 365 hari, tak rasa ker kekadang we need it a break???

Tak, jangan rasa bersalah jika anda merasakan yang anda perlukannya kerana kita semua ibu-ibu memang akan merasakannya. Sedangkan ketika bekerja pun kita perlukan holiday. Inikan pula menjadi seorang ibu, tambah-tambah ibu dan suri rumah sepenuh masa. Saya memang tabik kalau yang sepenuh masa tidak pernah merasa ingin pergi bercuti tanpa keluarga ataupun seharian hanya dengan diri sendiri. Saya amat perlukan dua tuh, dan alhamdulillah saya mempunyai suami yang memahami dan begitu juga dengan suami buddy2 saya. Ya 3 daripada kami sudah berkahwin. Itu sebab saya katakan saya tahu, keperluan memberi masa pada diri kita dan juga kawan-kawan kita.

Jadi ibu jangan lupa dan tak yah nak rasa bersalah sangat..kita memang tidak sempurna. So mari kita chillax......

Rokakyah
10.12.2014.

Wednesday 19 November 2014

Anak yang suka memerap



Sejak kebelakangan ini (kira sejak saya mengandung), Natasha kerap merap dengan saya - selalunya bila papa dia tak da.

Mungkin ada yang tak tahu merap tuh apa. Merap tuh maksudnya suka merengek dan juga suka melekap pada seseorang. Selalunya kita merujuk kepada situasi yang melibatkan budak-budaklah. Kalau bapak budak atau mak budak - buang tebiat dah nama dia, silap-silap makan pelempang jer. Hehehehe...

Jadi saya sebagai manusia biasa dan dah lumrahnya, saya akan jadi pening, geram, sakit hati dan segala bagai bentuk emosi negatif menujah ke dalam hati saya. Saya tabik kalau ada ibu-bapa yang tidak ada lansung perasaan ini terhadap anak dia - ingin saya belajar. Selalunya yang paling teruk emosinya, bila saya balik dari kerja, dahlah penat kerja, hadap kesesakan lagi, singgah kedai beli barang nak masak lagi (yang nih kadang-kadang, kalau nak masak dan kat umah tak cukup bahan) dan kemudian baru saya amik Natasha. Tak habis disitu, parking jer kereta - bukak pintu, kendong beg tangan, kendong beg Natasha, kendong barang basah dan kemudian kendong Natasha - jalan naik tangga sampai tingkat 1. Rumah kami apartment 4 tingkat, jadi tak da lift.

Sampai rumah, bukak pintu - letak Natasha kat depan TV, letak beg Natasha ngan beg tangan kat atas meja, letak barang beli tadi kat dapur. Bukak televisyen kat Natasha, bukak tudung. Selalunya saya akan sampai rumah dalam pukul 6.15 paling awal dan bermula kisah merap Natasha.

Sejak mengandung nih, kesabaran saya dengan Natasha memang selalu diuji dan setiap kalinya saya gagal. Saya pasti akan menengking Natasha dengan suara yang kuat, saya rasa ada kemungkinan besar jiran saya terdengar. Saya juga pernah membaling remote astro, telefon bimbit, dan barang mainan Natasha - sampai Natasha terkejut dan terus menangis. Saya pun pernah dukung Natasha, pastu saya tepuk kat kaki dia sambil marah kenapa suka sangat merap ngan merengek nih. Tapi ini dulu kerana saya tidak memahami kehendak dan kemahuan anak saya sendiri.

Di bawah ini, antara faktor, kenapa anak kita suka merengek:
 
1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.
 
5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.
 
Bagi kes saya, Natasha inginkan perhatian. Yelah, seawal pukul 7.30am saya akan menghantar Natasha ke Nursery dengan bekalan susu dan makanan yang saya sediakan (nanti saya kongsikan kisah makanan Natasha dan supplemen hariannya). Seharian dia di nursery dan saya akan hanya mengambil Natasha, paling awal 6.15. Ini bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kesibukan kerja saya. Sekiranya, saya akan balik lewat - biasanya suami saya akan mengambil Natasha. Jadinya, memang dia nakkan perhatianlah - saya yang tak faham nih dulu, ingat dah boleh jalan - maksudnya dah boleh buat hal sendiri. Maksud saya boleh main sendiri, tengok tv dll. Silap rupanya. Jadi bila saya dah memahami anak saya, barulah saya tahuu bagaimana harus saya lakukan setibanya kami di rumah.
 
Kini, aktiviti saya di rumah akan bergantung kepada keadaan anak saya, kalau saya tengok dia macam ok jer - saya terus mandi dan terus bersolat. Kalau tak ok, saya akan lepak dulu dengan dia. Tapi buat masa sekarang, memang pilihannya adalah lepak dengan dia dulu. Saya tak buat apa pun sekadar ada di situ tengok dia main. Boringkan????

Berapa lama lepak tuh, lama tak lamalah - kalu hari kerja, Natasha tidur awal selalunya pukul 8.30 dia dah mengantuk. Jadi, kalu saya balik pukul 6.15 sampai pukul 8.30 lah dia merap dengan saya. Nak sembahyang Maghrib pun saya kena kendong dia, selalunya. Kalau tidak, dia akan melalak di tepi saya atau pun di depan saya. Saya pernah bersolat, ke kiri dan ke kanan. Rasa kelakarkan tapi itulah hakikatnya. Itu yang pening sampai berdenting tuh. Antara gambarannya (saya carik kat internet, sebab masa tuh tak teringat nak amik gambar...):


bermula dengan menangis macam nih....lepas tuh

Hah macam nih..macam kena dera.....


Lagi satu, kalau saya nak masak - antara dapur dan ruang tamu, kitorg letak pagar sebab Natasha dan juga kalau sepupu dia #dakhasan - mereka ni kaki punggah jadi pagar adalah penyelesaian bagi masalah itu. Tetapi pagar bukanlah penyelesaian kepada Natasha yang suka merap. Dia akan bersidai dekat pagar tuh macam biras-biras Syawal dalam cerita Ahmad Albab bila diorang kena masuk lokap. Hah sampai macam tuh sadisnya. Sudahnya, saya tak tahan - bagilah jugak dia masuk dapur. Tapi tidak berakhir di situ, dia akan menangis lagi minta saya dukung dia pulak. Berdeting-deting lagi pening kepala saya. Tapi, kalau saya tengah masak, saya biar jer dia melalak sampai saya dah habis masak ataupun dah dekat nak habis masak - baru saya dukung dia bawak pergi depan TV. Selang seli saya tinjau ke dapur macam kilat. Kalau belum masak, drama dah bermula - saya tak masak, saya layan dia dulu. Gambarannya, (sama jugak, tak teringat nak amik gambar dia - jadi saya carik di internet yang lebih kurang)

mula dia usha tapi sambil menangis lah jugak (cuma dapur saya pagar dia besi kaler putih bukanlah kayu macam dalam gambar nih..hehehe)

lepas dapat masuk, dia bersenggayut kat baju saya sambil meratap pilu., silap sebelum tuh dia selongkar almari dapur saya yang terbuka dulu. Lepas tuh barulah...


Pernah, saya layan Natasha dengan perut berkeroncong dan penat - saya kirim kat suami saya tapau, tapi saya tertidur dengan Natasha sampai pukul 10 malam. Baju kerja pun tak sempat tukar, tau-tau suami saya kejut suruh saya bangun makan. Dah bangun, perut lapar - memang makanan lah yang saya serbu dulu. Dah kekenyangan baru sedar tak mandi lagi - lepak jap, baru saya mandi. Selamat mengandung, jadi tak kisah lah mandi lepas makan sebab memang perut dah buncit pon. hehehehe...

Sekarang ini, bila apa yang saya lakukan di atas agak kurang berkesan - saya akan melarikan diri ke dalam bilik, tekup muka ke bantal dan saya akan menjerit. Bila saya dah reda sedikit, saya beristigfar dan berselawat. Bila dah ok, baru saya kembali kepada anak saya.

Antara lain, suami saya bagi pendapat dan juga adik ipar saya - menjadikan rumah kita mesra al-Quran. Di mana, setiap hari kita cuba membaca ayat-ayat al-Quran walaupun hanya satu muka surat. Jadi, ini adalah salah satu cara yang saya akan cuba istiqamah (insha Allah). Sebab bukan sahaja bagus untuk kententeraman jiwa anak dan kita tetapi jugak bagus untuk gelombang otak anak kita untuk berkembang. Ini adalah antara mukjizat al-Quran. Allahu Akbar.

Kenapa saya buat macam tuh? Sebab anak-anak kita terutamanya yang baru berumur setahun belum lagi faham sepenuhnya apa yang kita marah atau tau macam mana nak memberitahu kita apa yang diorang mahu. Jadi, tidak adil bagi saya atau bagi kita untuk melepaskan kemarahan kepada mereka. Betul tak??

Ini adalah sekadar perkongsian antara cara saya mengatasi anak saya yang suka merengek. Mungkin bagi sesetengah orang ianya sesuatu yang remeh tetapi yang remeh itulah cabaran saya. Memang tak mudah nak jadi seorang ibu, setiap hari pun saya masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik dan lebih sabar. Saya memang tabik kalau seseorang ibu itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana saya masih membina kesabaran itu.

Akhir sekali, saya mungkin tidak sempurna tetapi saya harap saya cukup sempurna untuk menjadi ibu dan tauladan kepada anak-anak saya. Selain itu, semoga kisah ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.


Rokakyah
19.11.2014







Tuesday 18 November 2014

Mengandung lagi



Saya mengandung lagi. Hehehe, ini yang kedua. Alhamdulillah.

Seperti yang pertama dulu, saya melakukan ujian mengandung di rumah dan ternyata ia positif. Saya kemudian berjumpa Dr. Siva (Poliklinik Kota Damansara) untuk mendapatkan pengesahan. Selepas ujian ultra sound, sah saya mengandung dan kandungan berusia 11 minggu - denyutan bayi telah kelihatan. Girang hati saya dan suami saya. Kini kandungan saya telah memasuki minggu ke-14.

Untuk kandungan yang kedua ini, saya tidak mempunyai alahan yang teruk atau sebetulnya hampir tiada lansung. Adik ipar saya, Nimbo King (http://nimboking.blogspot.com/) menegur saya - nampak lebih bertenaga berbanding yang lepas. Sejak mengetahui saya dah mengandung saya berhenti makan set kurus Shaklee saya dan Vivix. Ini kerana ia akan menganggu proses pembesaran anak saya. Bila lagi nak gemuk dan makan tanpa bersalahkan??? Inilah masanya.

Saya memang seronok bila mengandung - rasa cantik gitu. Betul!! Kalu kita tak puji sapa nak puji kitakan??? Tapi tulah, kadang-kadang over confident pulak - dah ada orang kata, orang mengandung nih serinya ngan cantiknya makin naik - saya pun peganglah cakap kata-kata tuh. Dan setiap hari, rasa diri nih cantik - happy jer hari-hari. Baguslah jugak kan tapi sebetulnya bila saya dah bersalin, sila ikuti perbualan di bawah:

Kakak : Alhamdulillah selamat dah Zakiyah, terus cerah muka you balik.
Saya : Ye ker kak, bukan I cerahkah masa mengandung dulu?
Kakak : Hahahaha perasan, kulit you gelap lah Zakiyah and kusam
Saya : Serius I ingat I putih kak....beranganlah I nih....gelap dan kusam rupanya.....ku pikirkan berseri...hihihihihihi

Kan terlebih perasanlah pulak. hahahaha, jadi kali ni - saya ambil pendekatan yang sama dan masih tidak berputus asa, manalah tahu kali nih dapat mengandung dengan cantik dan berseri. Gedikkan tapi tak pa bukan selalu pun.

Untuk mengandung kali nih, saya mengambil supplemen Shaklee jugak. Untuk trimester pertama nih, saya cuma mengambil:

ESP: 3 scoop campur dengan minuman kesukaan saya, Hersheys Chocolate, yummy (sejuk tau).
Saya ambil pada waktu pagi.



Zinc (1 biji), B-Complex (1 biji), Vit. C (1 biji) - saya amik lepas sarapan pagi.

 



Ostematrix: Saya amik 4 biji malam sebelum tido.

Dengan pengambilan supplemen nih, saya rasa lebih bertenaga dan kurang rasa penat. Alahan pula seperti tidak ada -ketahanan badan saya semakin baik sejak daripada melahirkan anak saya yang pertama sebab saya mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee dari berpantang sehingga sekarang.

Walaupun tak da alahan, baru-baru ini saya terkena asthma (saya memang ada asthma cuma saya jarang sangat kena). Apabila saya berjumpa Dr. Siva, beliau memaklumkan memang kadang-kadang orang yang ada asthma - apabila dia mengandung asthma itu boleh jadi teruk ataupun semakin baik. Jadi Dr. menasihatkan saya untuk banyakkan berehat dan kurangkan minum air sejuk, hehehehehe (itulah puncanya perasan dah boleh minum air sejuk, siang malam pagi petang).

Kemudian, selang seminggu saya dan anak saya kena sakit mata pulak. Mula anak saya yang kena, disebabkan sakit mata nih boleh berjangkit melalui sentuhan terkenalah juga kat saya. Sebab suka-suka cium anak  dan bersihkan anak, lepas tuh suka-suka usik mata saya. Saya memang suka sikit-sikit nak usik mata, dah memang jadi habit.

Jadi, itu 2 minggu lepas punya cerita - minggu ini, setakat ini - Alhamdulillah. Nanti saya berkongsi kisah tentang trimester kedua saya pula.

Ok, itu cerita berkenaan saya dengan mengandung lagi dan masih dalam trimester pertama.

Nih, saya cerita pasal anak saya yang pertama pula. Orang kata, anak kita tau bila dia akan dapat adik (rahsia Allahkan kita tak tau). Natasha pun x ketinggalan, asal dengan saya jer - dia punya merap ya Allah..sampai saya naik rimas. Kadang-kadang saya jerkah dia tapi bila dia dah tido, saya kucup dan usap lah dia balik (rasa bersalah).

Pernah jugak saya, baling barang-barang ke lantai sebab tak tahan nak layan dia. Yelah, bayangkan baru balik kerja - Natasha asyik merengek dan kadang-kadang menangis macam kena dera. Ya Allah, pening berdeting-deting kepala saya - hilang sabar saya, saya lempar semua barang dan saya jerit kat dia. Pastu saya masuk bilik, konon-konon merajuk...hahahaha kan. Saya bagitau suami saya, pastu dia kata ngan anak pun nak emosi relax la. Saya tension lagi...yelah sebab memang saya x boleh nak rilek. Sebab saya x da orang gaji (pernah ada tapi disebabkan saya memang suka buat kerja rumah dan jugak sebab kelakuan orang gaji saya dulu, dia cuma bertahan 3 bulan lepas tuh kami membuat keputusan pulangkan balik).

Jadi bila x da orang gaji, semua benda kena buat sendiri. Saya dan suami, x da membahagikan tugas - jadi sapa yang banyak kelapangan tuh dia buatlah. Tapi disebabkan 2-3 bulan bulan nih suami saya agak sibuk jadi sayalah yang banyak buat kerja rumah dan juga memasak. Hah, bayangkan semua itu nak dilakukan dengan Natasha nak memerap dengan saya terutama bila saya nak masak. Memang dugaan sungguh bagi saya, kata mengandung, cepat masak - cepatlah makankan. Buruk perangai, tapi itulah hakikat dia. hehehehe.....

Macam-macam lah kerenah anak saya, sampai saya tak boleh handle - memang dugaan betul Allah bagi untuk menyediakan kita bagi bakal menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata. Cantikkan perjalanan dan pembelajaran yang Allah siapkan untuk setiap bakal ibu. Allahu Akbar.

Sedikit gambar Natasha....




 

Jadi, saya rasa sampai sini dulu coretan saya bagi trimester pertama nih, tapi insha Allah saya akan berkongsi kisah macam mana saya mengawal emosi saya dalam mengendalikan anak saya Natasha sepanjang proses mengandung saya ini.

Diharap coretan ini dapat memberi manfaat kepada setiap yang membaca.


Rokakyah
19.11.2014
Shaklee Independent Distributor
SID : 1152848
012-3708641

Wednesday 5 November 2014

Kemurungan selepas bersalin




Saya kira pengalaman saya menjaga anak buah saya, kak ya sudah cukup untuk saya menjadi seorang ibu kepada Natasha - ternyata meleset. Seribu satu hal saya terkial dalam menguruskan Natasha pada permulaannya. Saya melahirkan Natasha dengan suami di sisi tetapi kedua orang tua saya berada di Mekah menunaikan Haji. Jadi saya berpantang di rumah ibu mertua saya. Layanan yang diberikan tip top - saya bertuah mempunyai ibu mertua yang begitu mengambil berat. Tetapi mungkin bahagian saya, saya mengalami sindrom kemurungan. Saya rasa sunyi, sayu, rasa serba tak kena, macam ada sesuatu yang hilang. Tiada lain yang mampu saya lakukan selain dari berzikir.
 
Saya ingat saya akan melayari kehidupan baru dengan tenang, dengan indah tapi kemurungan pulak yang datang. Tak tau macam mana nak gambarkan - macam tak keruan. Mula dengan nak menyusukan Natasha, apalah yang susah sangat - sampai satu rumah kecoh - masa nih betapa saya nak mama saya - sungguh saya stress. Bila susah Natasha nak menyusu dengan saya, saya pam susu dan dia minum dari botol - bengkak susu pulak yang saya alami. Lepas tuh, Natasha kuning pulak - semua orang macam rileks jer. Saya yang terlebih risau - yer lah bila dah ada sindrom kemurungan nih - kita akan selalu terover react dan kita akan hilang keyakinan. Semua benda pon nak menangis. Adik saya datang saya gembira tapi bila diorang nak balik saya selalu nangis. Tengok anak buah saya, saya nangis. Boleh dikatakan hari-hari saya nangis.

Ibu mertua dan kakak ipar saya ada memberitahu saya tentang kemurungan ini tetapi masa itu saya tak kisah sangat sebab saya rasa saya tidak mengalaminya. Tetapi selang beberapa hari, emosi saya mula berubah sedikit demi sedikit. Kesedihan, kesunyian mula menular di dalam diri saya, saya menjadi takut dan risau tetapi saya tidak memberitahu ibu mertua saya mahupun suami saya.
 
Disebabkan itu, saya sering kali melepak bersama-sama ibu mertua saya dan saya paksa diri saya untuk bersembang dan menonton televisyen bersama beliau. Walaupun saya bersembang dan menonton televisyen, tetapi fikiran saya melayang - ada saja yang bermain difikiran saya. Saya cukup takut pada ketika itu, dan saya berharap darah nifas saya habis dengan cepat supaya saya boleh menyucikan diri dan bersolat. Saya rasa jauh sangat dengan Allah s.w.t. Tapi saya sedar, saya tidak akan boleh bersolat selama saya berpantang sekurangnya 44 hari, jadi apa yang saya lakukan adalah berzikir. Setiap hari, setiap masa - saya berzikir.

Natasha pulak 24 jam nak menyusu dengan saya sampai saya rasa susu saya tak cukup. Ini menyebabkan lagi ketidak yakinan saya. Lepas tuh, puting saya terluka sebab menyusu anak pertama. Sakitnya setiap kali Natasha menyusu - Allah saja yang tahu - sampai mengekot kaki saya menahan sakit. Natasha pulak, bila perut dah teralas sikit, terlena tapi bila letak atas katil dia jaga. Memang sepanjang 15 hari pertama berpantang memang saya tak cukup tidur. Waktu siang memang saya tak tidur, waktu malam lagi lah.
 
Rasa macam tak bergunanya, sebab itu pun tak boleh nak rilek. Serius saya tak suka masa saya pantang dulu. Selepas 15 hari pantang, mama ngan abah balik dari Haji - cepat saya suruh suami saya hantar balik Seremban dengan harapan kemurungan saya hilang. Hmmm memang tak lah.

Apabila di Seremban, suami saya akan hanya berada dengan saya setiap hujung minggu sahaja. Itupun kadang-kadang dia sibuk juga dengan aktiviti - itu menambahkan lagi kesedihan saya, saya rasa macam saya berperang dengan diri sendiri seorang diri. Tetapi tidak dinafikan - jika diada pada waktu malam dia akan menjaga bayi kami. Suami saya tidak tahu macam mana nak membantu saya dan saya pula berharap dia akan cuba untuk membantu saya - hah tu dah masalah komunikasi. Yelah, bila kita dh mengalami kemurungan nih - otak fikiran kita macam diseliputi kain hitam yang menghadkan pemikiran kita. Yang mana, memang lelaki tak tau apa yang kita alami jika kita tak bagitau kat dia. Itulah, berliku betul dugaan saya dengan anak saya yang pertama.
 
Ini anak saya yang kini sudah berumur satu tahun.....
 
Natasha 2 hari
 
 
Natasha sebulan
 
Natasha 5 bulan


Masalah kemurungan ini, bila saya baca balik. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh perubahan-perubahan hormon di dalam system badan kita selepas kita melahirkan anak kita. Kemurungan ini boleh dialami seawal selepas melahirkan atau setelah beberapa hari melahirkan seperti kes saya. Tetapi ada juga yang mengalami kemurungan ini ketika sedang mengandung dan apabila melahirkan kemurungan ini bertambah teruk. Antara simpton-simpton kemurungan ini adalah:
  1. perasaan putus asa
  2. amat ketih
  3. muram
  4. sering menangis
  5. sunyi
  6. gelisah
  7. terperangkap
Setiap ibu yang melahirkan mempunyai potensi untuk mengalami kemurungan dan setiap simpton yang dialami oleh para ibu adalah berlainan di mana seperti saya - mengalami kesemuanya dan para ibu yang lain mungkin mengalami sebahagian darinya. Kemurungan ini, tidak akan berlaku kepada setiap para ibu yang melahirkan. Ini kerana ia bergantung kepada sistem badan kita menerima perubahan-perubahan hormon yang berlaku ketika sedang mengandung, sedang melahirkan dan selepas melahirkan.
Selain daripada perubahan hormon yang dialami, kemurungan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti:
  1. Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu
  2. Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
  3. Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan suami isteri
  4. Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
  5. Mendapati sukar untuk menyusu badan
  6. Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang ibu-bapa semasa kita masih kecil
Seperti saya faktor luaran saya yang menyumbang kepada kemurungan - ketika awal melahirkan, kedua orang tua saya berada di Mekah. Hehehe, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga - jadi saya sangat manja dengan kedua orang tua saya.  Selain itu, kesukaran saya menyusukan anak saya juga antara faktornya. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh ikutkan sangat kemurungan ini. Ini kerana jika kita tidak melawan kemurungan ini, ia akan menjadi sebahagian dari kita di sepanjang hayat kita. Mengingatkan saya kepada seorang makcik di kejiranan saya dikampung membuatkan saya cuba melawan perasaan ini sedaya upaya saya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah kemurungan ini. Jika kita google terdapat nasihat professional juga berkaitan isu ini. Jadi, jangan risau.

 
 
 
 

Tetapi izinkan saya berkongsi - apa yang saya lakukan untuk diri sendiri saya bagi menghilangkan kemurungan saya ini. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut:
  1. Banyakkan berzikir - setiap hari, setiap masa
  2. Berbual dengan teman rapat
  3. Elakkan duduk bersendirian
  4. Cuba mendapatkan tidur yang secukupnya
  5. Banyakkan bersama bayi anda - ini kerana ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita
  6. Memakan supplemen - boleh memberikan tenaga dan menstabilkan hormon
Ketika berpantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee dan memang saya tidak menafikan ia sangat membantu. Set berpantang Shaklee yang saya ambil dan antara manfaatnya adalah seperti berikut:

 
 
1. Penambahan tenaga segera
2. Pelengkap nutrisi
3. Metabolisma
4. Elemen penting pada sel tubuh
5. Melindungi organ

1. Menukar makanan kepada tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Rambut beruban dan gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah perlcche
9. Detoksifikasi
 
1. Membentuk kolagen
2. Memperbaiki symptom pendarahan
3. Peningkatan system imun
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit
6. Memperbaiki insomnia
7. Mengekalkan kolesterol sihat
 
 
 
1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
2. Membentuk kolagen
3. Memperbaiki diabetes
4. Bintik putih di kuku
5. Mempertingkatkan system imun
6. Mempercepatkan pemulihan luka
7. Memperbaiki masalah prostat
8. Kemampuan seks lelaki
9. Ovulasi wanita
10. Memperbaiki radang kulit
11. Mengekalkan deria bau
 
1. Awet muda
2. Baik untuk hormone
3. Baik untuk prostat
4. Kulit remaja
5. Pembekal tenaga
6. Membaiki pigmentasi


Saya mula mengamalkannya apabila saya mula berpantang, tidak satu hari pun saya tertinggal. Setelah hampir seminggu mengamalkannya - saya mula rasa perubahan yang paling ketara adalah tahap keletihan saya. Walaupun, dengan tidur yang tidak mencukupi saya masih lagi bertenaga untuk menyusukan anak saya setiap masa. Luka saya pun cepat kering - ini diakui oleh jururawat yang datang setiap hari ke rumah melawat saya dan bayi. Kuning anak saya turun dengan cepat.

Selain itu saya ingin menasihatkan para suami, sekiranya isteri telah melahirkan - berilah perhatian kepadanya. Walaupun tidak berbuat apa, tetapi cukup berada di sisi selama proses berpantang. Suami adalah sumber kekuatan bagi seorang isteri. Selama 44 hari tuh, jika tidak ada urusan kerja yang penting - balik lah awal, usahakan untuk sentiasa berada dirumah dan cuba uruskan bekalan anak, isteri cukup supaya isteri itu tidak perlu memikirkannya dan hanya menumpukan pada kesihatan dirinya dan menjaga anak yang baru lahir itu. Macam luahan perasaan pula.

Tambahan itu, dinasihatkan juga supaya setial bakal ibu dan bapa - memperbanyakkan pembacaan serta ilmu berkaitan dengan mengandung, bersalin dan selepas bersalin juga jangan lupa menghadiri kelas ibu mengandung dan bersalin yang selalu dianjurkan oleh pihak hospital yang anda pilih.

Sekian, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


p/s: Jika inginkan khidmat nasihat berkaitan set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya, Zakiya (012-3708641).


Rokakyah
05.11.2014

 



Thursday 23 October 2014

Ikhlas tanpa balas



Abah: kito kono ikhlas dongan apo kito buek, baik lam idup, baik lam agamo...

Me   : yolah sumo ikhlas, tapi kalu beribadat tuh dapek lah pahalo eh...

Abah: tu deh, lam beribadat, dipikir lak deh pahalo...tuh kiro eh buek tuh nak pahalo yo lah tuh..

Me   : Botolah tuh, buek baik kan dapek pahalo..kito semayang kan dapek pahalo..

Abah: tu deh, pahalo yo laie....memanglah dapek pahalo tapi x do sobab itu doh kito nak buek..kigho  eh x ikhlas lah tuh..buek sobab nak dapek pahalo..tu yang salah...patut eh kito buek sobab maso tulah nak berjumpo mo Allah Taala...kok kan camtuh mano nak datang eh sayang ngan cinto kek Dio.. nih dok kigho pahala..dah banyak ko bolom pahalo kito buek...tuh kok dah banyak x payah bueklah..

Me   : x dolah sampai camtu doh..angah ikhlas lah buek..tapi dh buek tuh dapek lah pahalo...

Abah: boto tapi angah kono blaja buek dongan ikhlas tanpo baleh, sayang tanpo syarat..baghulah sonang yo idup kito..kemano baik lah mengalir kito di bawak eh,,tapi sobab kita cinto kek Allah Taala ngan Rasullullah s.a.w...kito rileks yo....haghung yo sumo tuh..apo baiklah datang x do kito goyang doh..sobab kito tau kito dicintai....paham x?

Me   : uish dalam amek tuh...osah Kujen nih..lamo nak somai tuh bah...

Abah: apolak lamo lak, buek ikhlas x do tengok pahalo tuh doh buek yo..
 
Memandang abah (serius saya terpegun..). He's transform a lot after he got back from Hajj. I'm so happy for him. Perspective that he's given really like a knock on my head. Coming from him - no, its just that I know him before. He's really living his life before and we so lucky to have him as a father. He shows us what parents are all about. He might not be perfect but to us he is.
 
What do you think? Have we really love Him as we thought we do? No, I'm not sure cause as of now - the rewards still come first. Well I guess, its already been taught to us since we were born. We do good, we get rewards. Its like its already in our body system and mind. The moment, we make move to solat - the rewards sign keep popping in our head. Hahahaha, at least for me. Honestly, actually I did. Even, when I plan to do good - its like a live screen I have in front of my eyes for what is coming for me - like a direct tele-cast.
 
Looking at my father's life, he do not have much except for his wife, kids, grand kids and family but happiness is surround him. One time he be in Nilai in my youngest brothers house, or he could drive down to see his parents (yes he still have both of them - and he said that he' still young cause he still have them). He could be driving to my eldest brother's house in Puchong or he could be accompany me in Kota Damansara whenever my husband is outstation. He is mobile together with my mom. If you ask me now, what I want in life or what I want to achieve is exactly to be like him - have peace at heart and life.
 
Peace at heart, by surrender yourself to Allah Taala and really let go as what is us considering living life is actually life hunting us down to astray from what being taught by our prophet (s.a.w). You don't think so? It is so. I've been living and I have a very good example in my own life - perhaps my years are not as much but its enough for me to understand. You may consider that your believe in religious is over the top, you did your prayer five times a day, you perform your umrah, you give out sedekah, with another numbers of good act but you seek recognition, you choose to whom you want to be nice, you talk to people by their colors by their reputation. See, how's life get you there. You judge people by their looks, by their attitude - judge the books by its cover. No, you will not get the peace at heart.
 
Its quite hard isn't it? But, its worth trying...Once we find the true love, its easy for us to perform our prayer plus the plus..dhuha, tahajjud, terawih etc. Our heart will be fulfilled with happiness, and we walk down the road like no one matters as its all for Him. Our face will be full of laughter. There's quote, I believe everyone knows this "give your heart to a man, he will break it. give your heart to Allah, he will plant it with happiness as much as you can imagine". Correct me if I'm wrong. We can actually see one, if we really look to our surround us - people who is been loved by Him. Ustaz Faizal (our ustaz for our Friday tazkirah - yes we are lucky we have this in our office) told us that there is a Bilal with 9 kids (if I'm not mistaken) - his salary is only RM 1,600.00. Can you imagine how he's survive? Me, with only one daughter - keep praying that the salary will be last till my next salary. Allahu Akbar. His love is afar as we can imagine, so seek His love and do not stop for as long as we live.

Ikhlas tanpa balas....lets start now.....

Rokakyah
23.10.2014






Wednesday 22 October 2014

Lama mencari.....



Lama mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah saya, hmm 20 tahun jugak lah dari yang murah ker yang mahal. Antara produk yang saya gunakan...

1. Fair & lovely - putih eh silap cerah dalam masa 6 minggu.. huhu apa pun tak jadi...oklah sebab murah saya pakai lah jugak sampai tingkata 3...lepas tuh saya cuba
2. Clean & Clear Simple - murah jugak, lama saya pakai sampai itm sebabnya murah jugak tapi tak jadi apa jugak...kemudian saya mencuba nih
3. Garnier - oklah sebab ada ptptn mampulah..lama saya pakai sampai habis itm tapi masih sama..muka saya masih kering tapi sebab masa tuh, tuh jer mampu pakai jerlah kalu x lagi teruk. pastu bila dah bekerja ada duit sikit saya cuba
4. Loreal - untuk kulit kombinasi, tak der perubahan pon sama jer. lama jugak saya guna. Pastu adalah mata terpandang dermalogica tapi x mampu lagi jadi saya hanya mampu tengok jer lah. Lepas tuh, bila dah tukar tempat kerja - gaji pon dh ok dan dah mampu membeli akhirnya dapatlah guna...
5. Dermalogica - dari pencuci, krim pelembap, krim mata, sunblock, pencuci make up, skrub muka sumer saya beli hampir setahun lebih jugak saya guna siap pergi every month facial lagi tapi kulit saya tetap sama, masalah jerawat, jeragat, kulit kering berminyak, white head, black head semua ada. Saya memikirkan nak kena guna SKII pulak ker, tapi belum mampu lagi....

hmmm tapi saya dah geram nih dok tengok hidung ada bintik-bintik putih eeeeee bencinya...satu hari saya balik rumah mertua di Bukit Beruntung..

Kak Intan: Fiza, muka u elok jer, u pakai apa?
Fiza : I pakai produk Pakistan jer Kak Intan..
Me : Produk apa Fiza? Bersih muka u, I pakai dermalogica satu apa pun tak jadi.
Fiza : Iya zakiya, I pakai clarin pon sama jer dulu...nih I pakai nih. aaa Royal Expert...tahan pon lama...murah pon murah..
Me: ok lah I nak cuba lah..u boleh orderkan?
Fiza: boleh nanti I orderkan.....

Selang seminggu..
Fiza: Zakiya, barang u dah ada nih?
Me: U kat mana?
Fiza: Kat shah alam office..
Me: Ok, I amik skang erk
Fiza colleague: semangat nya dia nak amik
Fiza: Dia first time nak guna...

Malam tuh.... saya pun cuba ternyata white head yang selalu ada kat hidung saya hilang....saya dah jumpa pencuci dan krim muka saya..memang terbaik....kat bawah nih gambar dia....

Pencuci muka Royal Expert


Krim muka Royal Expert
 
 
Sabun badan Royal Expert
 
 
 
Sabun nih pulak, saya guna..badan jadi bersih dia x kering sangat dan kalu badan berjerawat terus hilang - sebab saya punya badan tak teruk jadi Alhamdulillah..kulit memang bersih...
 
 
Jadi, kepada sesiapa yang belum berjumpa dengan produk yang sesuai dengan kulit anda, cubalah mana tau kot-kot sesuai produk nih sesuai dengan awak..
 
 
 
Sekian....
23.10.2014




Tuesday 7 October 2014

SOFEA



Hi!!
Today, I would like to introduce you to my niece which are very important to me and I would reach the sky for her.

During my single day, I'm staying with my youngest brother girlfriend. We rent a small apartment in Flora Damansara. When they get married and soon to have a baby, we move out from there and move in to D'rimba Kota Damansara. We start making good of the new apartment to accommodate our new housemate. As I'm single, I would almost follow them everywhere. From going back to my hometown or going back to the in laws even shopping for the baby arrival. Excited as I am, I even make a scrapped book album for her - from scratch.


My youngest brother and my SIL


On 09.02.2012, the baby came into our life in early morning of the day, on which I need to go to Bangkok for a site inspection for one of my project. Eager as I am, I've canceled my taxi booking and ask my friend Erna and  Tasha (www.mamitasha.blogspot.com) to send me to the hospital to see her for the first time. I even enter the labor room to see her as I need to catch my flight. Soon after that I saw all my family did the same and they were all been asked to leave as it is not allow to be in there on the first place. So, I when to Bangkok with a polaroid photo of her as a gift from my brother to me. Her name is Sofea bt. Farid Izham.

After few month
 
She become the reason, I want to be home early and I will not hesitate once to babysit her whenever my brother ask me to do so. Even when I'm already married. At first, I'm clueless on what to feed her as I never babysit a baby before. My brother, being the concern father,he always be - will ring me once a while or perhaps 3 times a day to see how his daughter is doing and let me know what to feed her. She will either actively eating and watching or eating and fall a sleep at the same time. Looking back, I would say taking care of her is a piece of cake. Trust me, she will know how to manipulate me and I always fall in to the trap - happily to fall into. She gets all the best cloth whenever I'm out for outstation especially when I need to travel to Germany. Well I guess, she's lucky cause I'm always travel during her early days and during my stay with her and her parents.
 
during buddy2 trip to Club Med, Cherating
 
During buddy2 holiday after my SIL confinement at Club Med, Cherating.
 
 
There's one time when I need to babysit her together with my SIL sister's Tasha, we feed her with Cerelac and after that a bottle of her mom's milk (she's breastfeed exclusively). After a while, she do not want to sleep and she's very active until her parent come back home.
 
Budak Gomok : Apo ko bagi Sofea makan nih ngah?
 
Me: Tasha bagi makan cerelac lah peh tuh dio minum susu.
 
Budak Gomok : Cerelac? Lam bokeh mano?
 
Me: Tuh yang ateh poti ais tulah, bokeh hijau.
 
My SIL : Itu aku punya protein powder ngah. Bukan cerelac sofea. Brape banyak angah bagi?
 
Me : Ntah Tasha buek. Sha braper ko buat?
 
Tasha : Aku buat dalam 3 sudu besar
 
My SIL : memang lah active, tinggi kot gula dalam tuh.
 
Budak Gomok :korang nih, baghu jago sokojap yo..ntah apo2 ko bg dio mkn...
 

 

During my engagement
 
During my wedding day


She introduce me through a pre-motherhood - I must say. A walk in the park, a swim in a pool, accompany me for a walk around the apartment and I somehow miss that while writing this.

To Sofea, Makngah will always love you and miss you.

Tuesday 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia



Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni, abadi, sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan 
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki 
Aku bukanlah perwira
Gagah menghunus senjata
Tapi hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri 
Demi cinta ini
Ku ingin tunaikan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Harap tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Bak kata uwan, "bia deh tingga satu laya ese totap". Di harap kita jua seperti itu, tidak kira agama dan bangsa bersama kita bersatu demi Malaysia kita dan berusaha membangunkannya.

Tertanya apa yang boleh kita lakukan? Jom kita selesaikan hutang pinjaman pelajaran kita bagi yang telah bekerja supaya generasi akan datang dapat menikmati kemudahan-kemudahan pinjaman yang telah disediakan. Saya sudah melangsaikan PTPTN saya - alhamdulillah. Sikit-sikit, lama-lama habislah.

Selain itu, saya berazam untuk membantu orang di sekeliling saya hidup sihat dan mendapat kesihatan yang optimum. Badan sihat - ibadah terlaksana - hati tenang - kerja aman - hidup bahagia. Buat masa ini, itu yang ingin saya lakukan - tidak mudah tetapi tidak susah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Jadi saya sudah mula melangkah, anda bagaimana?

Rokakyah
17.09.2014
 
 


Sunday 14 September 2014

A good read, The Last Lecture by Randy Pausch




A good read, The Last Lecture by Randy Pausch. Thanks to Makbong and Makdik for introducing me the book back in 2007. I remember stay up all night watching his video on youtube. I'm impress, with his condition - he is capable of doing what he did and he mentioned that this is not for us, but for his children. Just like my sister in law, anim ( www.nimboking.blogspot.com ) did a diary for her kids. You may watch his last lecture on youtube (Randy Pausch Last Lecture: Achieving Your Childhood Dreams in Cernegie Mellon, his former university).

The Last Lecture fleshes out Pausch's lecture and discusses everything he wanted his children to know after his pancreatic cancer had taken his life. It includes stories of his childhood, lessons he wants his children to learn, and things he wants his children to know about him. He repeatedly stresses that one should have fun in everything one does, and that one should live life to its fullest because one never knows when it might be taken.
In the book, Pausch remarks that people told him he looked like he was in perfect health, even though he was dying of cancer. He discusses finding a happy medium between denial and being overwhelmed. He also states that he would rather have cancer than be hit by a bus, because if he were hit by a bus, he would not have had the time he spent with his family nor the opportunity to prepare them for his death.

Above all, it teaches us to look at life at a different perspective and make me appreciate more been born as a Muslim as we have long been taught about, USAHA, DOA dan TAWAKAL. I share with you some of his many quotes that I like:

“The brick walls are there for a reason. The brick walls are not there to keep us out. The brick walls are there to give us a chance to show how badly we want something. Because the brick walls are there to stop the people who don’t want it badly enough. They’re there to stop the other people.”  

“We cannot change the cards we are dealt, just how we play the hand.”  

“Look, I'm going to find a way to be happy, and I'd really love to be happy with you, but if I can't be happy with you, then I'll find a way to be happy without you.”  

“Too many people go through life complaining about their problems. I've always believed that if you took one tenth the enrgy you put into complaining and applied it to solving the problem, you'd be surprised by how well things can work out.”  

“People are more important than things.”  

“No job is beneath you. You ought to be thrilled you got a job in the mailroom And when you get there, here's what you do: Be really great at sorting mail. ”  

“There's a lot of talk these days about giving children self-esteem. It's not something you can give; it's something they have to build. Coach Graham worked in a no-coddling zone. Self-esteem? He knew there was really only one way to teach kids how to develop it: You give them something they can't do, they work hard until they find they can do it, and you just keep repeating the process.”  

“The person who failed often knows how to avoid future failures. The person who knows only success can be more oblivious to all the pitfalls.”  

“Go out and do for others what somebody did for you.”  

“Not everything needs to be fixed.” 

Rokakyah
15.09.2014



Friday 5 September 2014

Shakelee dan saya



Merenung komputer, banyak benda nak tulis, banyak benda nak cerita tapi sampai sekarang tak tau apa nak tulis. Hmmm, jadi saya rasa nak cakap pasal SHAKELEE lah sebab saya rasa seronok guna pakai produk nih dan berada dalam keluarga SHAKELEE nih macam memberi satu aura pada saya. Saya mula berani paksa rela untuk kawan-kawan dan keluarga sebab saya tahu produk nih bagus. Macam mana saya tahu? Saya dah hampir 8 bulan menjadi pengguna SHAKELEE dan pengalaman saya tidak indah pada permulaannya. Ini kerana saya mula menggunakan SHAKELEE pada ketika saya sedang berpantang. Saya tidak begitu kisah sangat pasal produk nih pada mulanya kerana saya membelinya kerana tidak mahu makan jamu. Saya bertekad saya nak  menyusukan anak saya sehingga umur 2 tahun - orang kata jamu panas nanti kesian kat anak dan juga jamu boleh buat anak dapat kuning. Jadi, itu adalah permulaan saya menggunakan produk SHAKELEE secara serius. Tapi saya tidak berjaya menyusukan anak saya sehingga umur 2 tahun cuma sehingga genap usianya 6 bulan - kerana saya telah tersalah langkah ketika diawal penyusuan. Yelah, berlagak masa tuh - tak membaca sangat pasal penyusuan susu ibu, ingat! apa susah menyusu - selak bagi jer lah kan..rupa-rupanya tidak..seribu satu kisah terdapat di dalamnya. Tapi saya tidak mahu bercerita pasal itu dulu - itu saya bukak kisah lain. Sekarang saya nak fokus pasal produk SHAKELEE dulu sebab ia berjaya terhadap saya, suami dan Natasha. Siapa Natasha? Ooo dia adalah anak pertama kami, yang kedua? Eh belum lagi, dalam perjalanan.....amin ya rabbul alamin. Eh saya belum mengandung lagi, masih mencuba.

Jadi, tersasar sebentar. Maafkan saya. Kembali, saya bukanlah sangat berdisplin sangat pasal vitamin nih, selalunya kelaut. Susah saya nak buat habit setiap pagi, setiap tengahari dan setiap malam nak makan vitamin. Lepas tuh nak memastikan suami saya lagi, yang memang selalu 'ceneke' dalam bab makan ubat. Maafkan i, sayang - tapi u memang macam tuh dulukan? Kalau ya, bagi komen "ya" - kiranya I tau lah you baca = adalah jugak yang baca. Hahahaha, melalut dah nih. Jadi, kembali. Harapan besar betul masa mula tuh tapi bila harapan tinggal harapan - mana boleh jadi banyak nih vitamin saya beli takkan takat tayang kat dapur, bak kata mamitasha (www.mamitasha.com),"dah macam stokis dah Kiah ko nih, banyak betul vitamin shakelee". Tak boleh jadi!! Saya pun, istiqamah ceh! (baru tau guna perkataan tuh). Sebelum nih setiap pagi, setiap tengahari dan setiap malam - saya kelaut, saya memutuskan untuk jadi kepada setiap pagi dan setiap malam jer. Kalau dulu, kami makan ubat dulu sebelum ke tempat kerja tapi sekarang tidak lagi. Saya siapkan setiap ahad malam, vitamin untuk 5 hari bekerja bagi suami saya dan saya untuk dibawa ke tempat kerja dan untuk saya letak di dalam beg. Kenapa? menyenangkan kerja saya setiap pagi sebab saya selalu terlupa. Jadi, kami mengambil vitamin kami di pejabat. Untuk setiap malam pula, saya masih menyediakannya pada setiap malam. Ini memang tak boleh nak buat apa dah. Pernah, saya suruh "yang, makan vitamin please". "ok, tapi nak makan yang mana. I, mana tau mana satu nak makan?". "Makan alfafa 3, phytocol 2, lecithin 3..... pas tu vivix satu sudu kecik dalam peti ais". "eh, u buatlah banyak sangat!". Itulah sebabnya - walaupun pada permulaanya ini yang saya dapat. "u bagi I vitamin apa nih? x da racun ker? u nak racunkan I ker?". "u x da harta pun, I nak racunkan, hutang adalah. tak payah nak berangan". Setiap kali dulu, eh menipu sangat - tapi selalu lah jugak. Tapi itu dulu, "dulu labu, dulu". Sekarang, "yang, vitamin I mana?" dan dia yang memberi idea supaya saya buat vitamin letak dalam bekas vitamin siap-siap. "senang kat pejabat I nak makan". Dulu saya gusar tentang dia "ceneke" tapi sekarang tidak lagi, saya gembira bila menyiapkan vitamin untuk dia. Peh! Yang, macam romantik tak? Jangan geli yer, baca.

Ketika pantang, saya mengambil alfafa, b-complex, zinc complex, ESP, osteomatix dan vitamin c kemudian saya menambah omega guard, lecithin, herb-lax, vita-lea dan vivix.

Untuk suami saya, bermula dengan alfafa, omega guard dan lecithin kemudian saya menambah osteomatrix, advanced joint health, phytocol ST dan vivix.

Ooo lupa Natasha, omega guard campur dalam makanan yang kami sediakan.

Banyak??? Sebab badan kami banyak kekurangan vitamin dan corak pemakanan kami yang tidak menentu menguatkan saya untuk berbelanja lebih untuk kesihatan keluarga saya. Hasilnya? Sekarang saya dah turun 5kg, dan masih berbaki 8kg. Kecantikan tak bertambah, saya masih gelap tapi tak legam TETAPI kulit saya makin gelap sekata, tak bertompok-tompok. Kawasan bawah mata legam, kawasan pipi dan dahi gelap, kawasan dagu kelabu...hahahaha perumpamaanya. Kadang-kadang boleh jadi gelap gelita jugak bila duduk bawah panas. Saya memang suka menggelakkan kulit saya, kenapa? sebab sesungguhnya saya menghargai warna kulit saya dan tak pernah malu untuk mengatakan kulit saya gelap dan hitam walaupun kadang-kadang saya menggunkannya sebagai senjata untuk merajuk dengan sengaja. "Yelah mentang-mentang aku hitam, macam ni korang buat kat aku!". "Oooo mentang-mentang Hidayah putih, Pul kan main lagi masuk dok kat dalam. Saya yang hitam nih buat tak tau jer". heheheh serba sedikit....hidayah bukan ko, Epul, bukan ko jugak.

Ok, suami saya pulak. Dulu, sembahyang atas kerusi - sekarang dah tak dah. Dulu kalau bersenam, lutut rasa tak kuat terutamanya ketika berlari sekarang dah rasa kuat dah. Dia kata dah rasa perubahan. Oooo dan suami saya pemain ragbi yang tegar. Dulu terpaksa berehat sebab keadaan lutut yang tidak mengizinkan dan sakit belakang. Sekarang, dia akan bermain ragbi dengan pasukan Pahang. Ini saya cemas, tapi sebabkan itu yang dia suka - dulu saya pasrah tapi sekarang saya redha. "pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas". Ya, gua ikhlas bagi lu main ragbi. Sebab SHAKELEEkan ada - kelas promosikan!!!!!

Oklah itu sahaja lah dulu penulisan kali ini dan akan cuba kembali untuk kisah yang lain pula.

Assalamualaikum w.b.t



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates