Saya mengandung lagi. Hehehe, ini yang kedua. Alhamdulillah.
Seperti yang pertama dulu, saya melakukan ujian mengandung di rumah dan ternyata ia positif. Saya kemudian berjumpa Dr. Siva (Poliklinik Kota Damansara) untuk mendapatkan pengesahan. Selepas ujian ultra sound, sah saya mengandung dan kandungan berusia 11 minggu - denyutan bayi telah kelihatan. Girang hati saya dan suami saya. Kini kandungan saya telah memasuki minggu ke-14.
Untuk kandungan yang kedua ini, saya tidak mempunyai alahan yang teruk atau sebetulnya hampir tiada lansung. Adik ipar saya, Nimbo King (http://nimboking.blogspot.com/) menegur saya - nampak lebih bertenaga berbanding yang lepas. Sejak mengetahui saya dah mengandung saya berhenti makan set kurus Shaklee saya dan Vivix. Ini kerana ia akan menganggu proses pembesaran anak saya. Bila lagi nak gemuk dan makan tanpa bersalahkan??? Inilah masanya.
Saya memang seronok bila mengandung - rasa cantik gitu. Betul!! Kalu kita tak puji sapa nak puji kitakan??? Tapi tulah, kadang-kadang over confident pulak - dah ada orang kata, orang mengandung nih serinya ngan cantiknya makin naik - saya pun peganglah cakap kata-kata tuh. Dan setiap hari, rasa diri nih cantik - happy jer hari-hari. Baguslah jugak kan tapi sebetulnya bila saya dah bersalin, sila ikuti perbualan di bawah:
Kakak : Alhamdulillah selamat dah Zakiyah, terus cerah muka you balik.
Saya : Ye ker kak, bukan I cerahkah masa mengandung dulu?
Kakak : Hahahaha perasan, kulit you gelap lah Zakiyah and kusam
Saya : Serius I ingat I putih kak....beranganlah I nih....gelap dan kusam rupanya.....ku pikirkan berseri...hihihihihihi
Kan terlebih perasanlah pulak. hahahaha, jadi kali ni - saya ambil pendekatan yang sama dan masih tidak berputus asa, manalah tahu kali nih dapat mengandung dengan cantik dan berseri. Gedikkan tapi tak pa bukan selalu pun.
Untuk mengandung kali nih, saya mengambil supplemen Shaklee jugak. Untuk trimester pertama nih, saya cuma mengambil:
ESP: 3 scoop campur dengan minuman kesukaan saya, Hersheys Chocolate, yummy (sejuk tau).
Saya ambil pada waktu pagi.
Zinc (1 biji), B-Complex (1 biji), Vit. C (1 biji) - saya amik lepas sarapan pagi.
Ostematrix: Saya amik 4 biji malam sebelum tido.
Dengan pengambilan supplemen nih, saya rasa lebih bertenaga dan kurang rasa penat. Alahan pula seperti tidak ada -ketahanan badan saya semakin baik sejak daripada melahirkan anak saya yang pertama sebab saya mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee dari berpantang sehingga sekarang.
Walaupun tak da alahan, baru-baru ini saya terkena asthma (saya memang ada asthma cuma saya jarang sangat kena). Apabila saya berjumpa Dr. Siva, beliau memaklumkan memang kadang-kadang orang yang ada asthma - apabila dia mengandung asthma itu boleh jadi teruk ataupun semakin baik. Jadi Dr. menasihatkan saya untuk banyakkan berehat dan kurangkan minum air sejuk, hehehehehe (itulah puncanya perasan dah boleh minum air sejuk, siang malam pagi petang).
Kemudian, selang seminggu saya dan anak saya kena sakit mata pulak. Mula anak saya yang kena, disebabkan sakit mata nih boleh berjangkit melalui sentuhan terkenalah juga kat saya. Sebab suka-suka cium anak dan bersihkan anak, lepas tuh suka-suka usik mata saya. Saya memang suka sikit-sikit nak usik mata, dah memang jadi habit.
Jadi, itu 2 minggu lepas punya cerita - minggu ini, setakat ini - Alhamdulillah. Nanti saya berkongsi kisah tentang trimester kedua saya pula.
Ok, itu cerita berkenaan saya dengan mengandung lagi dan masih dalam trimester pertama.
Nih, saya cerita pasal anak saya yang pertama pula. Orang kata, anak kita tau bila dia akan dapat adik (rahsia Allahkan kita tak tau). Natasha pun x ketinggalan, asal dengan saya jer - dia punya merap ya Allah..sampai saya naik rimas. Kadang-kadang saya jerkah dia tapi bila dia dah tido, saya kucup dan usap lah dia balik (rasa bersalah).
Pernah jugak saya, baling barang-barang ke lantai sebab tak tahan nak layan dia. Yelah, bayangkan baru balik kerja - Natasha asyik merengek dan kadang-kadang menangis macam kena dera. Ya Allah, pening berdeting-deting kepala saya - hilang sabar saya, saya lempar semua barang dan saya jerit kat dia. Pastu saya masuk bilik, konon-konon merajuk...hahahaha kan. Saya bagitau suami saya, pastu dia kata ngan anak pun nak emosi relax la. Saya tension lagi...yelah sebab memang saya x boleh nak rilek. Sebab saya x da orang gaji (pernah ada tapi disebabkan saya memang suka buat kerja rumah dan jugak sebab kelakuan orang gaji saya dulu, dia cuma bertahan 3 bulan lepas tuh kami membuat keputusan pulangkan balik).
Jadi bila x da orang gaji, semua benda kena buat sendiri. Saya dan suami, x da membahagikan tugas - jadi sapa yang banyak kelapangan tuh dia buatlah. Tapi disebabkan 2-3 bulan bulan nih suami saya agak sibuk jadi sayalah yang banyak buat kerja rumah dan juga memasak. Hah, bayangkan semua itu nak dilakukan dengan Natasha nak memerap dengan saya terutama bila saya nak masak. Memang dugaan sungguh bagi saya, kata mengandung, cepat masak - cepatlah makankan. Buruk perangai, tapi itulah hakikat dia. hehehehe.....
Macam-macam lah kerenah anak saya, sampai saya tak boleh handle - memang dugaan betul Allah bagi untuk menyediakan kita bagi bakal menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata. Cantikkan perjalanan dan pembelajaran yang Allah siapkan untuk setiap bakal ibu. Allahu Akbar.
Sedikit gambar Natasha....
Jadi, saya rasa sampai sini dulu coretan saya bagi trimester pertama nih, tapi insha Allah saya akan berkongsi kisah macam mana saya mengawal emosi saya dalam mengendalikan anak saya Natasha sepanjang proses mengandung saya ini.
Diharap coretan ini dapat memberi manfaat kepada setiap yang membaca.
Rokakyah
19.11.2014
Shaklee Independent Distributor
SID : 1152848
012-3708641
No comments:
Post a Comment