Friday, 5 September 2014
Shakelee dan saya
Merenung komputer, banyak benda nak tulis, banyak benda nak cerita tapi sampai sekarang tak tau apa nak tulis. Hmmm, jadi saya rasa nak cakap pasal SHAKELEE lah sebab saya rasa seronok guna pakai produk nih dan berada dalam keluarga SHAKELEE nih macam memberi satu aura pada saya. Saya mula berani paksa rela untuk kawan-kawan dan keluarga sebab saya tahu produk nih bagus. Macam mana saya tahu? Saya dah hampir 8 bulan menjadi pengguna SHAKELEE dan pengalaman saya tidak indah pada permulaannya. Ini kerana saya mula menggunakan SHAKELEE pada ketika saya sedang berpantang. Saya tidak begitu kisah sangat pasal produk nih pada mulanya kerana saya membelinya kerana tidak mahu makan jamu. Saya bertekad saya nak menyusukan anak saya sehingga umur 2 tahun - orang kata jamu panas nanti kesian kat anak dan juga jamu boleh buat anak dapat kuning. Jadi, itu adalah permulaan saya menggunakan produk SHAKELEE secara serius. Tapi saya tidak berjaya menyusukan anak saya sehingga umur 2 tahun cuma sehingga genap usianya 6 bulan - kerana saya telah tersalah langkah ketika diawal penyusuan. Yelah, berlagak masa tuh - tak membaca sangat pasal penyusuan susu ibu, ingat! apa susah menyusu - selak bagi jer lah kan..rupa-rupanya tidak..seribu satu kisah terdapat di dalamnya. Tapi saya tidak mahu bercerita pasal itu dulu - itu saya bukak kisah lain. Sekarang saya nak fokus pasal produk SHAKELEE dulu sebab ia berjaya terhadap saya, suami dan Natasha. Siapa Natasha? Ooo dia adalah anak pertama kami, yang kedua? Eh belum lagi, dalam perjalanan.....amin ya rabbul alamin. Eh saya belum mengandung lagi, masih mencuba.
Jadi, tersasar sebentar. Maafkan saya. Kembali, saya bukanlah sangat berdisplin sangat pasal vitamin nih, selalunya kelaut. Susah saya nak buat habit setiap pagi, setiap tengahari dan setiap malam nak makan vitamin. Lepas tuh nak memastikan suami saya lagi, yang memang selalu 'ceneke' dalam bab makan ubat. Maafkan i, sayang - tapi u memang macam tuh dulukan? Kalau ya, bagi komen "ya" - kiranya I tau lah you baca = adalah jugak yang baca. Hahahaha, melalut dah nih. Jadi, kembali. Harapan besar betul masa mula tuh tapi bila harapan tinggal harapan - mana boleh jadi banyak nih vitamin saya beli takkan takat tayang kat dapur, bak kata mamitasha (www.mamitasha.com),"dah macam stokis dah Kiah ko nih, banyak betul vitamin shakelee". Tak boleh jadi!! Saya pun, istiqamah ceh! (baru tau guna perkataan tuh). Sebelum nih setiap pagi, setiap tengahari dan setiap malam - saya kelaut, saya memutuskan untuk jadi kepada setiap pagi dan setiap malam jer. Kalau dulu, kami makan ubat dulu sebelum ke tempat kerja tapi sekarang tidak lagi. Saya siapkan setiap ahad malam, vitamin untuk 5 hari bekerja bagi suami saya dan saya untuk dibawa ke tempat kerja dan untuk saya letak di dalam beg. Kenapa? menyenangkan kerja saya setiap pagi sebab saya selalu terlupa. Jadi, kami mengambil vitamin kami di pejabat. Untuk setiap malam pula, saya masih menyediakannya pada setiap malam. Ini memang tak boleh nak buat apa dah. Pernah, saya suruh "yang, makan vitamin please". "ok, tapi nak makan yang mana. I, mana tau mana satu nak makan?". "Makan alfafa 3, phytocol 2, lecithin 3..... pas tu vivix satu sudu kecik dalam peti ais". "eh, u buatlah banyak sangat!". Itulah sebabnya - walaupun pada permulaanya ini yang saya dapat. "u bagi I vitamin apa nih? x da racun ker? u nak racunkan I ker?". "u x da harta pun, I nak racunkan, hutang adalah. tak payah nak berangan". Setiap kali dulu, eh menipu sangat - tapi selalu lah jugak. Tapi itu dulu, "dulu labu, dulu". Sekarang, "yang, vitamin I mana?" dan dia yang memberi idea supaya saya buat vitamin letak dalam bekas vitamin siap-siap. "senang kat pejabat I nak makan". Dulu saya gusar tentang dia "ceneke" tapi sekarang tidak lagi, saya gembira bila menyiapkan vitamin untuk dia. Peh! Yang, macam romantik tak? Jangan geli yer, baca.
Ketika pantang, saya mengambil alfafa, b-complex, zinc complex, ESP, osteomatix dan vitamin c kemudian saya menambah omega guard, lecithin, herb-lax, vita-lea dan vivix.
Untuk suami saya, bermula dengan alfafa, omega guard dan lecithin kemudian saya menambah osteomatrix, advanced joint health, phytocol ST dan vivix.
Ooo lupa Natasha, omega guard campur dalam makanan yang kami sediakan.
Banyak??? Sebab badan kami banyak kekurangan vitamin dan corak pemakanan kami yang tidak menentu menguatkan saya untuk berbelanja lebih untuk kesihatan keluarga saya. Hasilnya? Sekarang saya dah turun 5kg, dan masih berbaki 8kg. Kecantikan tak bertambah, saya masih gelap tapi tak legam TETAPI kulit saya makin gelap sekata, tak bertompok-tompok. Kawasan bawah mata legam, kawasan pipi dan dahi gelap, kawasan dagu kelabu...hahahaha perumpamaanya. Kadang-kadang boleh jadi gelap gelita jugak bila duduk bawah panas. Saya memang suka menggelakkan kulit saya, kenapa? sebab sesungguhnya saya menghargai warna kulit saya dan tak pernah malu untuk mengatakan kulit saya gelap dan hitam walaupun kadang-kadang saya menggunkannya sebagai senjata untuk merajuk dengan sengaja. "Yelah mentang-mentang aku hitam, macam ni korang buat kat aku!". "Oooo mentang-mentang Hidayah putih, Pul kan main lagi masuk dok kat dalam. Saya yang hitam nih buat tak tau jer". heheheh serba sedikit....hidayah bukan ko, Epul, bukan ko jugak.
Ok, suami saya pulak. Dulu, sembahyang atas kerusi - sekarang dah tak dah. Dulu kalau bersenam, lutut rasa tak kuat terutamanya ketika berlari sekarang dah rasa kuat dah. Dia kata dah rasa perubahan. Oooo dan suami saya pemain ragbi yang tegar. Dulu terpaksa berehat sebab keadaan lutut yang tidak mengizinkan dan sakit belakang. Sekarang, dia akan bermain ragbi dengan pasukan Pahang. Ini saya cemas, tapi sebabkan itu yang dia suka - dulu saya pasrah tapi sekarang saya redha. "pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas". Ya, gua ikhlas bagi lu main ragbi. Sebab SHAKELEEkan ada - kelas promosikan!!!!!
Oklah itu sahaja lah dulu penulisan kali ini dan akan cuba kembali untuk kisah yang lain pula.
Assalamualaikum w.b.t
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cik kiya u should be a writer....I was soo siok reading your journal...but please share with me about the milky thing...wat happen ape th silap...mungkin mn tau I bole avoid later..cewah ade hati tu nk satu Lg ..insyallah
ReplyDeletedee thank you thank you, ok nanti I buat k..
Delete