Pages

Ads 468x60px

Thursday, 14 August 2014

PERMULAANNYA



Nama saya Norzakiya. Keluarga memanggil Angah. Pakcik Cendol Pilah memanggil Zack. Kawan-kawan memanggil Kiah. Anak-anak buah memanggil Makngah. Anak-anak sepupu memanggil Cik Jack. Tok Chai memanggil Kaya. Suami saya memanggil Sayang dan yang paling istimewa Uwan memanggil saya Rokakyah. Jadi saya memutuskan untuk menamakan blog saya Siapa Rokakyah. 

Siapa Rokakyah diwujudkan adalah untuk menyingkap persoalan-persoalan yang terdapat dan bermain di fikiran setiap manusia yang bernyawa. Membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan negara, melihat dari perspektif yang berbeza, mencari dasar yang kukuh dalam menegakkan hak kita sebagai rakyat Malaysia dan mencari titik punca....mak ai, maafkan saya (..saya hanya bergurau).

Sebetulnya, hanya ingin berkongsi cerita dan perspektif saya pada kehidupan yang  telah dipinjamkan selama hampir 33 tahun ini. Ini kerana setiap dari kita melihat kehidupan dari perspektif berbeza - pengalaman, pembacaan, pemikiran, pergaulan dan perjalanan mempengaruhi kehidupan kita seharian. Bak kata pepatah, berkawan dengan orang yang berilmu dan berpengalaman - pengalaman dan ilmu itu akan kita perolehi juga dan begitulah sebaliknya. Saya tidaklah begitu berilmu (masih menimba.....) tetapi cukup untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, anak, ibu, kakak, adik, kawan-kawan, ahli masyarakat, ketua dan yang paling penting menjadi hamba Allah - yang setiap saat mengharapkan suatu hari nanti saya akan mencapai kecintaan kepadaNya dengan sebenar-benar erti kecintaan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan kerana itulah kecintaan yang hakiki. Saya akan mengulas nanti, bagaimana Abah mengajar saya untuk melihat dari sudut berbeza - membuatkan saya terdiam sejenak dan mula memikirkannya serta cuba untuk memahaminya sehingga di waktu penulisan ini (macam ala-ala skema..).

Sekadar itulah pengenalan bagi blog saya, apa terkurang akan saya perbaiki sepanjang perjalanan penulisan blog ini. Saya undur diri dulu kerana projek Malikai saya tidak siap lagi dan saya pasti kembali untuk berkongsi kisah di blog ini.

Assalamualaikum w.b.t

Melaka 2011
 



2 comments:

  1. The opening was so entertaining and I cnt wait to view the next chapter of yours....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Dee, you actually did read it through huh..i really appreciate it.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates