Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 14 January 2015

Natasha Makan......



Assalamualaikum w.b.t

Hari nih, saya nak kongsikan bagaimana saya dan Bongah, menyediakan makanan anak sulung kami - Natasha. Seperti kanak-kanak lain, Natasha mula memakan makanan pejal seawal usianya 6 bulan. Sebelum saya melahirkan Natasha, saya memang sudah membeli buku resipi untuk makanan bayi dan kanak-kanak yang dikarang oleh Annabel Karmels. Tapi masa tuh saya tak baca pun, saya beli jer. Cuma apabila Natasha dah dekat nak masuk 6 bulan, baru saya mentelaah buku resipi tuh.

Saya seorang yang tak berapa suka membaca tapi sebabkan anak, saya baca jugaklah. Jadi saya mulakan dengan membaca informasi berkaitan nutrisi, apa yang boleh bayi makan, apa yang tak boleh, makanan yang baik untuk dicuba dahulu dan sebagainya. Saya teruja nak bagi anak saya makan, sampai tak tau nak bagi apa dulu sebab dah tahu banyak sangat. Saya juga bertanyakan pada kawan-kawan tentang pengalaman diorang, apa yang diorang bagi makan, berapa banyak, apa yang diorang bagi makan dulu dan bermacam soalan lagi saya tanya.

Jadi, para ibu bapa - saya nasihatkan sebelum anak-anak mula makan, bacalah dan cariklah ilmu berkaitan makanan dan nutrisi yang terbaik untuk anak. Memang mudah, orang cakap bagi jerlah bubur - macam mak-mak kita selalu buat tapi harus diingat pemakanan yang kita perkenalkan di awalnyalah yang akan menentukan cara pemakanan anak kita kelak.

Sekadar berkongsi, masalah anak-anak sekarang yang paling ketara adalah susah nak makan sayur. Betulkan? Kita boleh tengok iklan-iklan di televisyen tentang anak-anak yang tidak suka lansung makan sayur. Kadang-kadang ibu-ibu terpaksa menyorokkan sayur tersebut di sebalik nasi yang ingin disuap ataupun dihancurkan lumat dahulu baru diberikan kepada anak-anak.

Jadi, pada hari pertama Natasha boleh makan - saya menyediakan carrot puree pada malam sebelumnya. Carrot puree tersebut saya letakkan di dalam bekas-bekas kecik (4oz). Bekas nih kita boleh beli dekat semua kedai bayi ada.

Carrot puree
 
sweet potato puree
 

apple, pear & strawberry puree
 

Bekas nih ikutlh, pada naluri ibu dan corak pemakanan anak anda.

Saya memang menyediakan makanan anak saya sendiri. Disebabkan saya dan suami bekerja, kami menyediakan makanan Natasha pada hujung minggu sahaja dan kadang-kadang pada hari biasa sekiranya stok makanan Natasha dah habis.

Pada awal permulaan Natasha mula makan, jadual pemakanannya di Nurseri adalah seperti berikut:

Pagi : Susu dan biskut Farley
Tengahari: Carrot puree/Sweet potato puree/apple puree/pear puree
Petang: Susu
Lewat Petang : Carrot puree/Sweet potato puree/apple puree/pear puree
Malam : susu

Huh malam susu jer? Jangan cemas, Natasha tidur awal iaitu seawal pukul 8.30 ke 9 dia dah tido. Jadi malam dia memang x makan tetapi dia akan bangun malam untuk minum susu.

Apabila Natasha dah masuk 8 bulan, makan tengahari dan makan lewat petang Natasha saya akan bekalkan dia dengan buah. Jadi, setiap hari Natasha akan makan buah. Apabila menyediakan makanan Natasha, saya akan siapkan buah juga.

Selalunya makanan Natasha, saya akan sediakan hujung minggu sahaja. Jadi, saya akan buat siap-siap untuk 2 minggu atau pun lebih. Jangan khuatir makanan kalau disimpan di dalam sejuk beku dia tahan lama sekurang-kurangnya 2 bulan, jadi tiada masalah. Selain itu, Natasha makan tak banyak sangat jadi kalau saya nak buat setiap hari, ia akan membazir sebab selalunya berlebih.

Lepas tuh, kelebihan dia apabila kita menyediakan makanan nih - bila kita nak berjalan ker? ibu-bapa nak tolong jagakan anak kita pun senang. Keluarkan - rendamkan dalam air panas sekejap - masukkan dalam mangkuk - masukkan dalam microwave selama 2 -3 minit. Lagi satu, bila Hari Raya - memang boleh raya sakan. Tak perlu risau nak kena ke dapur siapkan makanan Natasha - x da kelam kabut.

Tetapi, apabila menyediakan makanan sejuk beku - kita harus memberikan perhatian kepada cara kita simpan dan cara penyediaan kita. Ini kerana bagi mengelakkan makanan tersebut tahan lama dan tidak basi. Antara yang harus diberi perhatian adalah seperti berikut:

a) bekas makanan dan senduk atau sudu yang digunakan haruslah betul-betul kering
b) makanan yang telah siap dimasak tidak tersentuh dengan tangan
c) makanan harus dibiarkan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam freezer

Sekadar perkongsian, dibawah adalah antara makanan Natasha yang kami sediakan:


Merebuskan buah epal dan pear, yang belakang tuh - saya punya maggi..

ikan dan cheese puree

saya dah x ingat yang nih apa...

Chicken casserole puree

Bolognese pasta puree

kiri: udang, pasta dan bayam puree, kanan: corn and chicken puree (by Bongah)

Tak ingat dah...

Pon sama tak ingat dah....

 
Spaghetti Marinara puree, chicken and rice puree, apple and plum puree (yang ini kami buat masa Hari Raya - memang kami beraya sakan...)

Hehe, macam-macam bekas saya ada. Bekas untuk buah dan bekas untuk makanan. Natasha memang rutin dia dalam satu hari makan 2 bekas buah dan 2 bekas makanan. Alhamdulillah, setakat ini Natasha tidak mengalami masalah penghadaman.

Selain itu, dalam setiap makanan Natasha yang saya sediakan, apabila sudah masak dan sejuk saya kan meletakkan minyak ikan (Omega Guard Shaklee). Sukatan dia saya agak-agak jer. Kenapa minyak ikan? Saya rasa semua sedia maklum akan keberkhasiatan minyak ikan ini, antaranya ialah pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak dan memperkuat system imunisasi badan.

Kenapa saya memilih Omega Guard Shaklee - salah satunya saya memang pengguna Shaklee tetapi yang lebih utama adalah kerana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi. Antaranya ialah EPA, DHA, ALA...dimana DHA penting bagi perkembangan dan fungsi otak.



Selain itu, bagi memastikan Natasha memperoleh kesihatan yang optimum - saya juga memberikan Natasha Meal Shake Shaklee.


 
 
Meal Shake ini saya akan campurkan di dalam susu Natasha. Kebiasannya, saya akan berikannya untuk sarapan pagi. Sukatannya air suam 8oz, susu 3 scoop dan meal shake 1 scoop. Saya mula memberikan meal shake ini pada usia Natasha genap 1 tahun.
 
Natasha dengan sepupu-sepupunya

Playground session with Papa aka Bongah

Natasha dengan jubah dari Nek Baik

 
Sekian dulu perkongsian saya tentang penyediaan makanan Natasha. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian...chewah.
 
 
 
Rokakyah
15.01.15
SID: 1152848
 
 
 
 

 
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates