Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 19 November 2014

Anak yang suka memerap



Sejak kebelakangan ini (kira sejak saya mengandung), Natasha kerap merap dengan saya - selalunya bila papa dia tak da.

Mungkin ada yang tak tahu merap tuh apa. Merap tuh maksudnya suka merengek dan juga suka melekap pada seseorang. Selalunya kita merujuk kepada situasi yang melibatkan budak-budaklah. Kalau bapak budak atau mak budak - buang tebiat dah nama dia, silap-silap makan pelempang jer. Hehehehe...

Jadi saya sebagai manusia biasa dan dah lumrahnya, saya akan jadi pening, geram, sakit hati dan segala bagai bentuk emosi negatif menujah ke dalam hati saya. Saya tabik kalau ada ibu-bapa yang tidak ada lansung perasaan ini terhadap anak dia - ingin saya belajar. Selalunya yang paling teruk emosinya, bila saya balik dari kerja, dahlah penat kerja, hadap kesesakan lagi, singgah kedai beli barang nak masak lagi (yang nih kadang-kadang, kalau nak masak dan kat umah tak cukup bahan) dan kemudian baru saya amik Natasha. Tak habis disitu, parking jer kereta - bukak pintu, kendong beg tangan, kendong beg Natasha, kendong barang basah dan kemudian kendong Natasha - jalan naik tangga sampai tingkat 1. Rumah kami apartment 4 tingkat, jadi tak da lift.

Sampai rumah, bukak pintu - letak Natasha kat depan TV, letak beg Natasha ngan beg tangan kat atas meja, letak barang beli tadi kat dapur. Bukak televisyen kat Natasha, bukak tudung. Selalunya saya akan sampai rumah dalam pukul 6.15 paling awal dan bermula kisah merap Natasha.

Sejak mengandung nih, kesabaran saya dengan Natasha memang selalu diuji dan setiap kalinya saya gagal. Saya pasti akan menengking Natasha dengan suara yang kuat, saya rasa ada kemungkinan besar jiran saya terdengar. Saya juga pernah membaling remote astro, telefon bimbit, dan barang mainan Natasha - sampai Natasha terkejut dan terus menangis. Saya pun pernah dukung Natasha, pastu saya tepuk kat kaki dia sambil marah kenapa suka sangat merap ngan merengek nih. Tapi ini dulu kerana saya tidak memahami kehendak dan kemahuan anak saya sendiri.

Di bawah ini, antara faktor, kenapa anak kita suka merengek:
 
1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.
 
5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.
 
Bagi kes saya, Natasha inginkan perhatian. Yelah, seawal pukul 7.30am saya akan menghantar Natasha ke Nursery dengan bekalan susu dan makanan yang saya sediakan (nanti saya kongsikan kisah makanan Natasha dan supplemen hariannya). Seharian dia di nursery dan saya akan hanya mengambil Natasha, paling awal 6.15. Ini bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kesibukan kerja saya. Sekiranya, saya akan balik lewat - biasanya suami saya akan mengambil Natasha. Jadinya, memang dia nakkan perhatianlah - saya yang tak faham nih dulu, ingat dah boleh jalan - maksudnya dah boleh buat hal sendiri. Maksud saya boleh main sendiri, tengok tv dll. Silap rupanya. Jadi bila saya dah memahami anak saya, barulah saya tahuu bagaimana harus saya lakukan setibanya kami di rumah.
 
Kini, aktiviti saya di rumah akan bergantung kepada keadaan anak saya, kalau saya tengok dia macam ok jer - saya terus mandi dan terus bersolat. Kalau tak ok, saya akan lepak dulu dengan dia. Tapi buat masa sekarang, memang pilihannya adalah lepak dengan dia dulu. Saya tak buat apa pun sekadar ada di situ tengok dia main. Boringkan????

Berapa lama lepak tuh, lama tak lamalah - kalu hari kerja, Natasha tidur awal selalunya pukul 8.30 dia dah mengantuk. Jadi, kalu saya balik pukul 6.15 sampai pukul 8.30 lah dia merap dengan saya. Nak sembahyang Maghrib pun saya kena kendong dia, selalunya. Kalau tidak, dia akan melalak di tepi saya atau pun di depan saya. Saya pernah bersolat, ke kiri dan ke kanan. Rasa kelakarkan tapi itulah hakikatnya. Itu yang pening sampai berdenting tuh. Antara gambarannya (saya carik kat internet, sebab masa tuh tak teringat nak amik gambar...):


bermula dengan menangis macam nih....lepas tuh

Hah macam nih..macam kena dera.....


Lagi satu, kalau saya nak masak - antara dapur dan ruang tamu, kitorg letak pagar sebab Natasha dan juga kalau sepupu dia #dakhasan - mereka ni kaki punggah jadi pagar adalah penyelesaian bagi masalah itu. Tetapi pagar bukanlah penyelesaian kepada Natasha yang suka merap. Dia akan bersidai dekat pagar tuh macam biras-biras Syawal dalam cerita Ahmad Albab bila diorang kena masuk lokap. Hah sampai macam tuh sadisnya. Sudahnya, saya tak tahan - bagilah jugak dia masuk dapur. Tapi tidak berakhir di situ, dia akan menangis lagi minta saya dukung dia pulak. Berdeting-deting lagi pening kepala saya. Tapi, kalau saya tengah masak, saya biar jer dia melalak sampai saya dah habis masak ataupun dah dekat nak habis masak - baru saya dukung dia bawak pergi depan TV. Selang seli saya tinjau ke dapur macam kilat. Kalau belum masak, drama dah bermula - saya tak masak, saya layan dia dulu. Gambarannya, (sama jugak, tak teringat nak amik gambar dia - jadi saya carik di internet yang lebih kurang)

mula dia usha tapi sambil menangis lah jugak (cuma dapur saya pagar dia besi kaler putih bukanlah kayu macam dalam gambar nih..hehehe)

lepas dapat masuk, dia bersenggayut kat baju saya sambil meratap pilu., silap sebelum tuh dia selongkar almari dapur saya yang terbuka dulu. Lepas tuh barulah...


Pernah, saya layan Natasha dengan perut berkeroncong dan penat - saya kirim kat suami saya tapau, tapi saya tertidur dengan Natasha sampai pukul 10 malam. Baju kerja pun tak sempat tukar, tau-tau suami saya kejut suruh saya bangun makan. Dah bangun, perut lapar - memang makanan lah yang saya serbu dulu. Dah kekenyangan baru sedar tak mandi lagi - lepak jap, baru saya mandi. Selamat mengandung, jadi tak kisah lah mandi lepas makan sebab memang perut dah buncit pon. hehehehe...

Sekarang ini, bila apa yang saya lakukan di atas agak kurang berkesan - saya akan melarikan diri ke dalam bilik, tekup muka ke bantal dan saya akan menjerit. Bila saya dah reda sedikit, saya beristigfar dan berselawat. Bila dah ok, baru saya kembali kepada anak saya.

Antara lain, suami saya bagi pendapat dan juga adik ipar saya - menjadikan rumah kita mesra al-Quran. Di mana, setiap hari kita cuba membaca ayat-ayat al-Quran walaupun hanya satu muka surat. Jadi, ini adalah salah satu cara yang saya akan cuba istiqamah (insha Allah). Sebab bukan sahaja bagus untuk kententeraman jiwa anak dan kita tetapi jugak bagus untuk gelombang otak anak kita untuk berkembang. Ini adalah antara mukjizat al-Quran. Allahu Akbar.

Kenapa saya buat macam tuh? Sebab anak-anak kita terutamanya yang baru berumur setahun belum lagi faham sepenuhnya apa yang kita marah atau tau macam mana nak memberitahu kita apa yang diorang mahu. Jadi, tidak adil bagi saya atau bagi kita untuk melepaskan kemarahan kepada mereka. Betul tak??

Ini adalah sekadar perkongsian antara cara saya mengatasi anak saya yang suka merengek. Mungkin bagi sesetengah orang ianya sesuatu yang remeh tetapi yang remeh itulah cabaran saya. Memang tak mudah nak jadi seorang ibu, setiap hari pun saya masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik dan lebih sabar. Saya memang tabik kalau seseorang ibu itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana saya masih membina kesabaran itu.

Akhir sekali, saya mungkin tidak sempurna tetapi saya harap saya cukup sempurna untuk menjadi ibu dan tauladan kepada anak-anak saya. Selain itu, semoga kisah ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.


Rokakyah
19.11.2014







Tuesday, 18 November 2014

Mengandung lagi



Saya mengandung lagi. Hehehe, ini yang kedua. Alhamdulillah.

Seperti yang pertama dulu, saya melakukan ujian mengandung di rumah dan ternyata ia positif. Saya kemudian berjumpa Dr. Siva (Poliklinik Kota Damansara) untuk mendapatkan pengesahan. Selepas ujian ultra sound, sah saya mengandung dan kandungan berusia 11 minggu - denyutan bayi telah kelihatan. Girang hati saya dan suami saya. Kini kandungan saya telah memasuki minggu ke-14.

Untuk kandungan yang kedua ini, saya tidak mempunyai alahan yang teruk atau sebetulnya hampir tiada lansung. Adik ipar saya, Nimbo King (http://nimboking.blogspot.com/) menegur saya - nampak lebih bertenaga berbanding yang lepas. Sejak mengetahui saya dah mengandung saya berhenti makan set kurus Shaklee saya dan Vivix. Ini kerana ia akan menganggu proses pembesaran anak saya. Bila lagi nak gemuk dan makan tanpa bersalahkan??? Inilah masanya.

Saya memang seronok bila mengandung - rasa cantik gitu. Betul!! Kalu kita tak puji sapa nak puji kitakan??? Tapi tulah, kadang-kadang over confident pulak - dah ada orang kata, orang mengandung nih serinya ngan cantiknya makin naik - saya pun peganglah cakap kata-kata tuh. Dan setiap hari, rasa diri nih cantik - happy jer hari-hari. Baguslah jugak kan tapi sebetulnya bila saya dah bersalin, sila ikuti perbualan di bawah:

Kakak : Alhamdulillah selamat dah Zakiyah, terus cerah muka you balik.
Saya : Ye ker kak, bukan I cerahkah masa mengandung dulu?
Kakak : Hahahaha perasan, kulit you gelap lah Zakiyah and kusam
Saya : Serius I ingat I putih kak....beranganlah I nih....gelap dan kusam rupanya.....ku pikirkan berseri...hihihihihihi

Kan terlebih perasanlah pulak. hahahaha, jadi kali ni - saya ambil pendekatan yang sama dan masih tidak berputus asa, manalah tahu kali nih dapat mengandung dengan cantik dan berseri. Gedikkan tapi tak pa bukan selalu pun.

Untuk mengandung kali nih, saya mengambil supplemen Shaklee jugak. Untuk trimester pertama nih, saya cuma mengambil:

ESP: 3 scoop campur dengan minuman kesukaan saya, Hersheys Chocolate, yummy (sejuk tau).
Saya ambil pada waktu pagi.



Zinc (1 biji), B-Complex (1 biji), Vit. C (1 biji) - saya amik lepas sarapan pagi.

 



Ostematrix: Saya amik 4 biji malam sebelum tido.

Dengan pengambilan supplemen nih, saya rasa lebih bertenaga dan kurang rasa penat. Alahan pula seperti tidak ada -ketahanan badan saya semakin baik sejak daripada melahirkan anak saya yang pertama sebab saya mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee dari berpantang sehingga sekarang.

Walaupun tak da alahan, baru-baru ini saya terkena asthma (saya memang ada asthma cuma saya jarang sangat kena). Apabila saya berjumpa Dr. Siva, beliau memaklumkan memang kadang-kadang orang yang ada asthma - apabila dia mengandung asthma itu boleh jadi teruk ataupun semakin baik. Jadi Dr. menasihatkan saya untuk banyakkan berehat dan kurangkan minum air sejuk, hehehehehe (itulah puncanya perasan dah boleh minum air sejuk, siang malam pagi petang).

Kemudian, selang seminggu saya dan anak saya kena sakit mata pulak. Mula anak saya yang kena, disebabkan sakit mata nih boleh berjangkit melalui sentuhan terkenalah juga kat saya. Sebab suka-suka cium anak  dan bersihkan anak, lepas tuh suka-suka usik mata saya. Saya memang suka sikit-sikit nak usik mata, dah memang jadi habit.

Jadi, itu 2 minggu lepas punya cerita - minggu ini, setakat ini - Alhamdulillah. Nanti saya berkongsi kisah tentang trimester kedua saya pula.

Ok, itu cerita berkenaan saya dengan mengandung lagi dan masih dalam trimester pertama.

Nih, saya cerita pasal anak saya yang pertama pula. Orang kata, anak kita tau bila dia akan dapat adik (rahsia Allahkan kita tak tau). Natasha pun x ketinggalan, asal dengan saya jer - dia punya merap ya Allah..sampai saya naik rimas. Kadang-kadang saya jerkah dia tapi bila dia dah tido, saya kucup dan usap lah dia balik (rasa bersalah).

Pernah jugak saya, baling barang-barang ke lantai sebab tak tahan nak layan dia. Yelah, bayangkan baru balik kerja - Natasha asyik merengek dan kadang-kadang menangis macam kena dera. Ya Allah, pening berdeting-deting kepala saya - hilang sabar saya, saya lempar semua barang dan saya jerit kat dia. Pastu saya masuk bilik, konon-konon merajuk...hahahaha kan. Saya bagitau suami saya, pastu dia kata ngan anak pun nak emosi relax la. Saya tension lagi...yelah sebab memang saya x boleh nak rilek. Sebab saya x da orang gaji (pernah ada tapi disebabkan saya memang suka buat kerja rumah dan jugak sebab kelakuan orang gaji saya dulu, dia cuma bertahan 3 bulan lepas tuh kami membuat keputusan pulangkan balik).

Jadi bila x da orang gaji, semua benda kena buat sendiri. Saya dan suami, x da membahagikan tugas - jadi sapa yang banyak kelapangan tuh dia buatlah. Tapi disebabkan 2-3 bulan bulan nih suami saya agak sibuk jadi sayalah yang banyak buat kerja rumah dan juga memasak. Hah, bayangkan semua itu nak dilakukan dengan Natasha nak memerap dengan saya terutama bila saya nak masak. Memang dugaan sungguh bagi saya, kata mengandung, cepat masak - cepatlah makankan. Buruk perangai, tapi itulah hakikat dia. hehehehe.....

Macam-macam lah kerenah anak saya, sampai saya tak boleh handle - memang dugaan betul Allah bagi untuk menyediakan kita bagi bakal menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata. Cantikkan perjalanan dan pembelajaran yang Allah siapkan untuk setiap bakal ibu. Allahu Akbar.

Sedikit gambar Natasha....




 

Jadi, saya rasa sampai sini dulu coretan saya bagi trimester pertama nih, tapi insha Allah saya akan berkongsi kisah macam mana saya mengawal emosi saya dalam mengendalikan anak saya Natasha sepanjang proses mengandung saya ini.

Diharap coretan ini dapat memberi manfaat kepada setiap yang membaca.


Rokakyah
19.11.2014
Shaklee Independent Distributor
SID : 1152848
012-3708641

Wednesday, 5 November 2014

Kemurungan selepas bersalin




Saya kira pengalaman saya menjaga anak buah saya, kak ya sudah cukup untuk saya menjadi seorang ibu kepada Natasha - ternyata meleset. Seribu satu hal saya terkial dalam menguruskan Natasha pada permulaannya. Saya melahirkan Natasha dengan suami di sisi tetapi kedua orang tua saya berada di Mekah menunaikan Haji. Jadi saya berpantang di rumah ibu mertua saya. Layanan yang diberikan tip top - saya bertuah mempunyai ibu mertua yang begitu mengambil berat. Tetapi mungkin bahagian saya, saya mengalami sindrom kemurungan. Saya rasa sunyi, sayu, rasa serba tak kena, macam ada sesuatu yang hilang. Tiada lain yang mampu saya lakukan selain dari berzikir.
 
Saya ingat saya akan melayari kehidupan baru dengan tenang, dengan indah tapi kemurungan pulak yang datang. Tak tau macam mana nak gambarkan - macam tak keruan. Mula dengan nak menyusukan Natasha, apalah yang susah sangat - sampai satu rumah kecoh - masa nih betapa saya nak mama saya - sungguh saya stress. Bila susah Natasha nak menyusu dengan saya, saya pam susu dan dia minum dari botol - bengkak susu pulak yang saya alami. Lepas tuh, Natasha kuning pulak - semua orang macam rileks jer. Saya yang terlebih risau - yer lah bila dah ada sindrom kemurungan nih - kita akan selalu terover react dan kita akan hilang keyakinan. Semua benda pon nak menangis. Adik saya datang saya gembira tapi bila diorang nak balik saya selalu nangis. Tengok anak buah saya, saya nangis. Boleh dikatakan hari-hari saya nangis.

Ibu mertua dan kakak ipar saya ada memberitahu saya tentang kemurungan ini tetapi masa itu saya tak kisah sangat sebab saya rasa saya tidak mengalaminya. Tetapi selang beberapa hari, emosi saya mula berubah sedikit demi sedikit. Kesedihan, kesunyian mula menular di dalam diri saya, saya menjadi takut dan risau tetapi saya tidak memberitahu ibu mertua saya mahupun suami saya.
 
Disebabkan itu, saya sering kali melepak bersama-sama ibu mertua saya dan saya paksa diri saya untuk bersembang dan menonton televisyen bersama beliau. Walaupun saya bersembang dan menonton televisyen, tetapi fikiran saya melayang - ada saja yang bermain difikiran saya. Saya cukup takut pada ketika itu, dan saya berharap darah nifas saya habis dengan cepat supaya saya boleh menyucikan diri dan bersolat. Saya rasa jauh sangat dengan Allah s.w.t. Tapi saya sedar, saya tidak akan boleh bersolat selama saya berpantang sekurangnya 44 hari, jadi apa yang saya lakukan adalah berzikir. Setiap hari, setiap masa - saya berzikir.

Natasha pulak 24 jam nak menyusu dengan saya sampai saya rasa susu saya tak cukup. Ini menyebabkan lagi ketidak yakinan saya. Lepas tuh, puting saya terluka sebab menyusu anak pertama. Sakitnya setiap kali Natasha menyusu - Allah saja yang tahu - sampai mengekot kaki saya menahan sakit. Natasha pulak, bila perut dah teralas sikit, terlena tapi bila letak atas katil dia jaga. Memang sepanjang 15 hari pertama berpantang memang saya tak cukup tidur. Waktu siang memang saya tak tidur, waktu malam lagi lah.
 
Rasa macam tak bergunanya, sebab itu pun tak boleh nak rilek. Serius saya tak suka masa saya pantang dulu. Selepas 15 hari pantang, mama ngan abah balik dari Haji - cepat saya suruh suami saya hantar balik Seremban dengan harapan kemurungan saya hilang. Hmmm memang tak lah.

Apabila di Seremban, suami saya akan hanya berada dengan saya setiap hujung minggu sahaja. Itupun kadang-kadang dia sibuk juga dengan aktiviti - itu menambahkan lagi kesedihan saya, saya rasa macam saya berperang dengan diri sendiri seorang diri. Tetapi tidak dinafikan - jika diada pada waktu malam dia akan menjaga bayi kami. Suami saya tidak tahu macam mana nak membantu saya dan saya pula berharap dia akan cuba untuk membantu saya - hah tu dah masalah komunikasi. Yelah, bila kita dh mengalami kemurungan nih - otak fikiran kita macam diseliputi kain hitam yang menghadkan pemikiran kita. Yang mana, memang lelaki tak tau apa yang kita alami jika kita tak bagitau kat dia. Itulah, berliku betul dugaan saya dengan anak saya yang pertama.
 
Ini anak saya yang kini sudah berumur satu tahun.....
 
Natasha 2 hari
 
 
Natasha sebulan
 
Natasha 5 bulan


Masalah kemurungan ini, bila saya baca balik. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh perubahan-perubahan hormon di dalam system badan kita selepas kita melahirkan anak kita. Kemurungan ini boleh dialami seawal selepas melahirkan atau setelah beberapa hari melahirkan seperti kes saya. Tetapi ada juga yang mengalami kemurungan ini ketika sedang mengandung dan apabila melahirkan kemurungan ini bertambah teruk. Antara simpton-simpton kemurungan ini adalah:
  1. perasaan putus asa
  2. amat ketih
  3. muram
  4. sering menangis
  5. sunyi
  6. gelisah
  7. terperangkap
Setiap ibu yang melahirkan mempunyai potensi untuk mengalami kemurungan dan setiap simpton yang dialami oleh para ibu adalah berlainan di mana seperti saya - mengalami kesemuanya dan para ibu yang lain mungkin mengalami sebahagian darinya. Kemurungan ini, tidak akan berlaku kepada setiap para ibu yang melahirkan. Ini kerana ia bergantung kepada sistem badan kita menerima perubahan-perubahan hormon yang berlaku ketika sedang mengandung, sedang melahirkan dan selepas melahirkan.
Selain daripada perubahan hormon yang dialami, kemurungan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti:
  1. Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu
  2. Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
  3. Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan suami isteri
  4. Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
  5. Mendapati sukar untuk menyusu badan
  6. Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang ibu-bapa semasa kita masih kecil
Seperti saya faktor luaran saya yang menyumbang kepada kemurungan - ketika awal melahirkan, kedua orang tua saya berada di Mekah. Hehehe, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga - jadi saya sangat manja dengan kedua orang tua saya.  Selain itu, kesukaran saya menyusukan anak saya juga antara faktornya. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh ikutkan sangat kemurungan ini. Ini kerana jika kita tidak melawan kemurungan ini, ia akan menjadi sebahagian dari kita di sepanjang hayat kita. Mengingatkan saya kepada seorang makcik di kejiranan saya dikampung membuatkan saya cuba melawan perasaan ini sedaya upaya saya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah kemurungan ini. Jika kita google terdapat nasihat professional juga berkaitan isu ini. Jadi, jangan risau.

 
 
 
 

Tetapi izinkan saya berkongsi - apa yang saya lakukan untuk diri sendiri saya bagi menghilangkan kemurungan saya ini. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut:
  1. Banyakkan berzikir - setiap hari, setiap masa
  2. Berbual dengan teman rapat
  3. Elakkan duduk bersendirian
  4. Cuba mendapatkan tidur yang secukupnya
  5. Banyakkan bersama bayi anda - ini kerana ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita
  6. Memakan supplemen - boleh memberikan tenaga dan menstabilkan hormon
Ketika berpantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee dan memang saya tidak menafikan ia sangat membantu. Set berpantang Shaklee yang saya ambil dan antara manfaatnya adalah seperti berikut:

 
 
1. Penambahan tenaga segera
2. Pelengkap nutrisi
3. Metabolisma
4. Elemen penting pada sel tubuh
5. Melindungi organ

1. Menukar makanan kepada tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Rambut beruban dan gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah perlcche
9. Detoksifikasi
 
1. Membentuk kolagen
2. Memperbaiki symptom pendarahan
3. Peningkatan system imun
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit
6. Memperbaiki insomnia
7. Mengekalkan kolesterol sihat
 
 
 
1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
2. Membentuk kolagen
3. Memperbaiki diabetes
4. Bintik putih di kuku
5. Mempertingkatkan system imun
6. Mempercepatkan pemulihan luka
7. Memperbaiki masalah prostat
8. Kemampuan seks lelaki
9. Ovulasi wanita
10. Memperbaiki radang kulit
11. Mengekalkan deria bau
 
1. Awet muda
2. Baik untuk hormone
3. Baik untuk prostat
4. Kulit remaja
5. Pembekal tenaga
6. Membaiki pigmentasi


Saya mula mengamalkannya apabila saya mula berpantang, tidak satu hari pun saya tertinggal. Setelah hampir seminggu mengamalkannya - saya mula rasa perubahan yang paling ketara adalah tahap keletihan saya. Walaupun, dengan tidur yang tidak mencukupi saya masih lagi bertenaga untuk menyusukan anak saya setiap masa. Luka saya pun cepat kering - ini diakui oleh jururawat yang datang setiap hari ke rumah melawat saya dan bayi. Kuning anak saya turun dengan cepat.

Selain itu saya ingin menasihatkan para suami, sekiranya isteri telah melahirkan - berilah perhatian kepadanya. Walaupun tidak berbuat apa, tetapi cukup berada di sisi selama proses berpantang. Suami adalah sumber kekuatan bagi seorang isteri. Selama 44 hari tuh, jika tidak ada urusan kerja yang penting - balik lah awal, usahakan untuk sentiasa berada dirumah dan cuba uruskan bekalan anak, isteri cukup supaya isteri itu tidak perlu memikirkannya dan hanya menumpukan pada kesihatan dirinya dan menjaga anak yang baru lahir itu. Macam luahan perasaan pula.

Tambahan itu, dinasihatkan juga supaya setial bakal ibu dan bapa - memperbanyakkan pembacaan serta ilmu berkaitan dengan mengandung, bersalin dan selepas bersalin juga jangan lupa menghadiri kelas ibu mengandung dan bersalin yang selalu dianjurkan oleh pihak hospital yang anda pilih.

Sekian, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


p/s: Jika inginkan khidmat nasihat berkaitan set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya, Zakiya (012-3708641).


Rokakyah
05.11.2014

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates