Pages

Ads 468x60px

Tuesday, 1 November 2016

Akhirnya Mendapat Nikmat Penyusuan, Part 2



Assalamualaikum w.b.t

Bukan senang nak senang yer untuk menyusukan anak. Ibu-ibu kena bersedia fizikal dan mental. Memang saya telah mempunyai 2 orang anak tapi ini adalah pengalaman pertama saya menyusu anak secara exclusive and I'm telling you its tiring not that I'm complaining but you really have to be prepared. None is telling this but until I experience it myself. Rasa macam nak berhenti tapi sebab Nabila Eczema jadi kena gagahkan diri jugak dan saya terpaksa berkorban dengan berpantang makan, makanan-makanan yang Nabila tak boleh makan. Nanti saya cerita dekat entri yang lain pasal ibu menyusu dan bayi eczema yer.

Ok, apa yang bakal-bakal ibu perlu lakukan dan bersedia:
1. Banyakkan bersenam, sebelum bersalin dan lepas bersalin (lepas waktu yang dibenarkan bersenam lah yer, jgn lps pantang terus naik atas threadmill..bawak bersabar)
Sebab lepas bersenam tuh kita akan rasa segar - saya takkan cakap bahasa sains tuh sebab saya tak tahu tapi saya bercakap daripada pengalaman saya dan apa yang saya rasa. Dia macam menggantikan aura negatif kepada positif. Badan rasa penat tapi penat yang best. Otak pun rasa segar. Saya suka bila lagi banyak peluh keluar lagi saya rasa macam happy. Cubalah, memang boleh hilangkan stress. Saya buat dirumah jer, tak pergi Gym pon sebab dekat rumah memang dah ada threadmill.

Jadi ibu-ibu kalau malas ker gym boleh lah invest skit skang dah ada yang murah, sila tanya Mr. Google k. hehehehe. Sapa yang baru nak start tuh, sapa yang dah lepas bersalin dan dah boleh bersenam boleh cuba program C25k - untuk kita-kita yang baru nak berkecimpung nih memang terbaik.

2. Kenali jenis payu dara anda (inverted ker tidak)
Kalau ya, tanya Dr siap-siap macam mana nak buat persedian. Macam saya, saya mempunyai payu dara inverted. Jadi masa anak pertama tuh memang susah saya nak menyusukan anak saya dan salah satu sebab puting saya terbelah dengan teruk. Di tempat luka itu lah mata susu saya, saya tak tahan saya berhenti menyusukan anak saya selama seminggu. Disebabkan itu susu saya terus berkurang - ya Allah, memang tak tertahan sakit dia.

Tapi sekarang, alhamdulillah - cuma 2 kali saya demam bengkak susu. Selain itu, alhamdulillah penyusuan berjalan lancar.

3. Rancang cara berpantang, kalau boleh berpantanglah - ia memang baik untuk sekarang dan masa depan. Syok ooo - saya suka waktu saya mengandung (best boleh makan sesuka hati), waktu pertama dakap anak saya dan waktu berpantang (makan semua rasa sedap dan rasa macam princess sangat - sebab I have my ME time, am really pampering myself .  Tapi pantang Nabila nih saya tak pantang betul sangar sebab Nabila kuning so selalu berulang alik ke klinik.

Anak ketiga nanti kalau ada rezeki saya nak berpantang betul-betul, bersalin hospital kerajaan jer, simpan duit nak upah Kak Yati jaga masa berpantang. Kak Yati nih tukang urut saya, yang kira regular lah jugak. 2-2 anak saya, dia yang mengurut saya. Sebab masa tuh duit banyak habis kat bil hospital jadi saya mampu upah dia untuk mengurut selama seminggu jer dan hari terakhir pantang.

4. Rancang jadual seharian terutamanya bila waktu sesuai kita nak pump terutamanya ibu yang berkerjaya.
Macam saya, kalau saya rasa hari saya akan sibuk di pejabat. 
a. Saya akan pump di dalam kereta ketika sedang memandu ke tempat kerja. 
b. Saya pump sewaktu makan tengahari
c. Dalam kereta ketika pulang dari kerja.

Beli pump yang potable, yang memudahkan kita senang untuk kita bekerja sambil mengepam susu. Tak perlu beli yang mahal, janji memenuhi kriteria yg kita nak dah cukup dah. Kadang yang mahal nama nya jer, cara sedut dia sama jer. Trust me, i've tried the cheap one, the expensive one, electric or manual. Now saya guna Lacte jer, itupun pinjam kawan punya sebab saya punya bukan potable leceh sikit. Sekarang dah banyak option dah, so boleh tanya Mr. Google.

5. Supplement
Seeloknya ambillah supplement, macam saya - saya cuma mengambil Omega 3 shaklee dan Chia Seed utk menambahkan susu. Supplement nih, selain dari menambahkan susu - ia juga bermanfaat untuk perkembangan bayi dan juga untuk diri kita. Kalau rasa tak tau, nak ambil apa - saya boleh tolong advice. Macam saya cakap tadi, saya cuma mengikut pengalaman saya

6. Juicing
Hahahaha, saya sekarang memang suka juicing. Untuk saya, juicing telah membantu saya untuk tidak perlu bergantung kepada nescafe. Siapa yang mengenali saya, sehari saya minum nescafe 3-4 kali sehari. Tapi sekarang setelah 2 bulan, saya dah tak bergantung kepada Nescafe dah. Pengambilan minuman manis dah memang kurang. Sekarang saya cuma minum Milo tanpa gula, tanpa susu. Kalau berkumpul bersama keluarga barulah saya minum, minuman manis.
Di entri yang lain, saya kongsi yer juicing saya. Senang jer cuma kena rajin.

Jadi inilah sedikit sebanyak perkongsian saya untuk ibu-ibu dan bakal ibu. Kena rajin yer dan jangan sekali mengalah. Caiyok!! Caiyok!!


Rokakyah
01.11.2016
Shaklee ID : 1152848










Monday, 31 October 2016

Akhirnya Mendapat Nikmat Penyusuan, Part 1



Tanggal 10hb Mei 2015,selepas 32 jam berada dalam kesakitan - saya selamat melahirkan anak kedua saya juga seorang perempuan. Memanjat syukur saya dan Bongah ke hadrat Ilahi. Nabila bt. Raimi, kami menamakannya - semoga menjadi kemuliaan bagi kami di padang masyar kelak. Tersenyum ketika mula menaip entri kali ini - mengimbas kembali sewaktu ingin melahirkan Nabila. Pada pukul 7am, saya berjalan ke bilik bersalin selepas siap membersihkan diri pada waktu sebelumnya diiringi oleh Bongah.

Setiba di bilik bersalin, saya diberikan sarapan. Selepas itu, misi memecahkan air ketumban saya - bermula persiapan misi untuk menyiapkan saya untuk bersalin. Ketika masih bukak bawahan hanya 2cm, saya telah meminta epidural - tetapi misi memujuk saya untuk mengambil pain killer dahulu kerana bak katanya anak kedua nih dah senang dah - saya pun bersetuju. Kesakitan telah mula menjengah, Allahu Akbar - Allah Maha Besar - dah macam kena rasuk, saya di atas katil tuh. Perbezaan saya adalah mulut tidak berhenti dengan kalimah Allah. Alhamdulillah...tetapi kalau saya bukan beragama Islam pasti ini yang akan keluar dari mulut saya... Amma!!!! Appa!!!! Peace yo!

Ya, dan saya memang tak sempat amik epidural sebab bila saya nak, bukaan sudah 7cm - jadi harung sajalah. Selepas lebih 2 jam lebih bergelut tepat pukul 10am saya melahirkan Nabila dengan 2 kali teran saja. Alhamdulillah. Bermula lah, penyusuan saya yang pertama.

Titik permulaan 10.05.2015, saya merasai nikmat menyusukan anak saya yang kedua. Alhamdulillah, dan ketika saya menulis entri ini - Nabila telah pun berumur 1 tahun 5 bulan dan saya masih menyusuinya secara ekslusif dan saya harap saya dapat menyusuinya sehingga dia berumur 2 tahun.

Ini mungkin kerana saluran susu dan mata susu telah "established" sewaktu menyusukan anak saya yang sulung dahulu, Natasha. Rezeki Nabila, susu saya memang sungguh mewah - setiap kali saya mengepam susu ketika pantang, sekali pump saya dapat 6 - 8 oz sekali pump. Sekarang apabila saya telah kembali bekerja, saya akan pump pada pukul 10.00 am dan 3.00 pm dan setiap kali insha Allah 8oz setiap sessi. Selain itu, saya mengambil supplemen Shaklee terutamanya ESP. Tetapi sekarang, saya hanya mengamalkan Chia Seed dan Omega 3 Shaklee - sebab Nabila eczema jadi banyak benda yang saya kena pantang. Ini saya akan cerita di entri yang lain yer.

Adakalanya juga saya mengepam 3 kali sehari, sekiranya susu simpanan saya tidak cukup. Bukan saya tidak cuba untuk memberikan susu formula tetapi Nabila tidak serasi - mungkin sebab Allah menunaikan impian saya untuk menyusu Nabila sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.

Ok, sampai sini dulu yer. Nanti panjang-panjang boring pulak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates